saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

India tingkat kawalan keselamatan

NEW DELHI 30 Nov. - India akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam negara dan di kawasan sempadan ke "tahap peperangan" berikutan serangan militan yang meragut hampir 200 nyawa di Mumbai.

"Keupayaan perisikan kami akan ditingkatkan ke tahap peperangan dan kami juga mengarahkan kerajaan-kerajaan negeri supaya meningkatkan kawalan keselamatan ke tahap peperangan," kata Menteri Negara bagi Hal-Ehwal Dalam Negeri, Sriprakash Jaiswal hari ini.

India hari ini mendakwa memiliki bukti yang mengaitkan Pakistan dengan serangan di Mumbai, manakala pegawai di Islamabad berkata, askar Pakistan akan dipindahkan ke sempadan dengan India jika ketegangan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu bertambah meruncing.

"Mereka boleh cakap apa sahaja yang mereka suka, tetapi kami tidak ragu-ragu pengganas itu berasal dari Pakistan," kata Jaiswal.

India sudah pun memperketatkan kawalan keselamatan di pantai, dengan tentera laut dan pengawal pantai India melakukan rondaan secara bersepadu.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.