saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Bush pantau perkembangan di India

WASHIGNTON 30 Nov. - Presiden George W. Bush semalam berkata, beliau memantau dengan rapat perkembangan di India dan menyuarakan sokongan kepada rakyat negara itu dalam menghadapi krisis tersebut.

"Pembunuh yang melancarkan serangan minggu ini sangat ganas dan kejam. Bagaimanapun, perasaan gerun bukanlah penghujungnya.

"Rakyat India akan mudah bangkit kerana mereka adalah orang yang kuat semangat," kata Bush di White House.

Jabatan Negara kelmarin memberitahu, lima warga Amerika Syarikat (AS) turut terkorban dan mengeluarkan amaran perjalanan baru kepada rakyat negara ini yang hendak melawat India.

Menurut Bush, beliau telah berbincang melalui sidang video dengan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice semalam mengenai serangan itu dan disertai oleh para diplomat AS di India.

"Kami mengkaji perkembangan terbaru di negara itu dan kami sedang berusaha untuk memastikan rakyat Amerika di India selamat.

"Kami memberi jaminan bahawa Amerika Syarikat menyokong penuh siasatan yang dijalankan oleh India bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan, serta mengekalkan amalan demokrasi," kata Bush sejurus tiba dengan sebuah helikopter daripada percutian sempena Hari Kesyukuran di Camp David.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.