saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama

CARACAS 30 Nov. - Pegawai tentera Venezuela dan Rusia hari ini menandatangani perjanjian untuk mengadakan operasi bersama tentera laut di Laut Caribbean berhampiran kawasan perairan Amerika Syarikat (AS).

Operasi bersama itu adalah langkah pertama seumpamanya sejak tamat Perang Dingin, lapor media rasmi hari ini.

Sejumlah 1,600 anggota tentera laut dari Rusia dan 700 dari Venezuela akan menyertai operasi "VenRus 2008" yang dijadual diadakan dari 1 hingga 3 Disember ini.

Laksamana Madya Luis Morales Marquez dari Venezuela dan Laksamana Madya Ivanovic Kolorof dari Rusia menandatangani perjanjian tersebut di dalam sebuah kapal Venezuela di pelabuhan La Guaira, dekat sini.

"Langkah bertukar-tukar pengalaman ini akan membolehkan kami mempelajari dan menjalankan operasi tentera laut selain menggunakan sistem komunikasi dan senjata.

"Ia akan membolehkan kami mengetahui objektif operasi baru sebuah tentera yang sangat berpengalaman seperti tentera Rusia," kata Marquez.

Pegawai Rusia menafikan latihan itu disasarkan terhadap "negara ketiga", manakala Presiden Venezuela, Hugo Chavez menolak dakwaan ingin melakukan provokasi (terhadap AS).

Chavez sebaliknya menggambarkan latihan bersama itu sebagai program pertukaran antara "negara bebas dan berdaulat."

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.