saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

MADRID 30 Nov. - Sepanyol merancang untuk menghantar tiga pesawat ke Thailand bagi membawa balik 300 rakyatnya yang terkandas di Bangkok, berikutan penutupan dua lapangan terbang utama negara itu.

Agensi berita Europa Press melaporkan, dua pesawat tentera dan satu pesawat yang disewa akan tiba di Thailand pada petang ini bagi tujuan tersebut.

Berpuluh-puluh ribu rakyat asing terkandas di negara itu selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Don Muang di bandar raya Bangkok ditutup ekoran protes antikerajaan.

Pelancong yang terkandas telah mula dipindahkan Lapangan Terbang Tentera U-Tapao secara perlahan-lahan.

Menurut laporan media, rakyat Sepanyol akan mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat kedutaan mereka di Bangkok esok bagi meminta bantuan supaya mereka dibawa keluar dari Thailand.

Polis Thailand telah mengepung lapangan terbang berkenaan, tetapi masih menangguhkan tindakan untuk menggempur penunjuk perasaan dan menggesa mereka berundur secara sukarela.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.