saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/12/2008

Tanah runtuh, 2 beradik maut


ANGGOTA penyelamat membawa keluar mayat Nurul Intan Sarina Roslan, salah seorang daripada dua mangsa korban tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah di Km. 8, Ulu Yam Perdana, Selangor, semalam. Gambar kecil NurAtirah (kiri) dan NuruL Intan


HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka manakala ibu bapa serta tiga adik-beradik yang lain tidur di bilik utama apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di kawasan lereng bukit.

Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata, beliau bersama suaminya, Roslan Mohd. Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, kemudiannya berjaya menyelamatkan diri melalui bumbung rumah.

Pasukan penyelamat hanya berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari manakala adiknya kira-kira pukul 3.25 petang. Difahamkan mayat kedua-dua mangsa tertimbus sedalam 2.3 meter dalam jarak 1.5 meter.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Azizan berkata, kejadian itu hanya disedarinya pada pukul 7 pagi ketika bangun dari tidur.

“Saya rasa bilik tidur saya jadi kecil dan apabila keluar saya dapati bilik belakang tempat dua anak saya telah dihempap tanah.

“Saya kemudiannya menjerit mengejutkan suami dan tiga anak saya,” katanya yang menyelamatkan diri terlebih dahulu melalui lubang di bumbung rumah untuk meminta bantuan.

Menurutnya, beliau terus berlari ke sebuah pusat rekreasi berdekatan tetapi gagal mendapatkan bantuan kerana pekerja di situ tidak mempunyai nombor telefon polis.

Azizah kemudiannya menahan sebuah kereta untuk meminta bantuan di sebuah lagi pusat rekreasi di situ.

Sementara itu, salah seorang pekerja pusat rekreasi, Norafifah Hanim Abdul Kadir berkata, beliau terkejut apabila melihat Azizan berlari sambil meminta bantuan.

“Dia hanya berpakaian tidur dan tidak memakai selipar. Saya memang kenal keluarga mangsa, suaminya bekerja sebagai juruterbang FireFly,” katanya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, Asisten Supritendan Zaldino Zaludin berkata, seramai 140 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat dikerah dalam operasi mencari mayat mangsa yang terperangkap.

Jelasnya, kes itu diklasifikasikan sebagai bencana alam dan mati mengejut akibat runtuhan tanah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.