saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/12/2008

PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Parti Progresif Rakyat (PPP) akan bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya berdepan dengan gesaan masyarakat supaya membuat pindaan ke atas ISA dalam senario politik dan sosial masa ini dengan ramai berpendapat akta tersebut telah disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih akur kepada hakikat bahawa kewujudan ISA pada sesetengah keadaan dan masa telah membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan aman, bersatu dan selamat.

''PPP bukan meminta supaya ISA dihapuskan, tetapi meminta kerajaan membuat pindaan yang realistik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

''Kami tidak ingin melihat keadaan yang mana orang ramai beranggapan bahawa ISA merupakan 'senjata' alternatif kerajaan untuk menghapuskan musuh politiknya,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah beliau, akta ISA seharusnya hanya dikenakan ke atas kegiatan keganasan yang merbahayakan keselamatan sahaja dan bukan ke atas penduduk awam.

''Kami menyokong seruan supaya ISA dipinda agar bersesuaian dengan keadaan semasa, tetapi tidak bermakna kita menentang rakan-rakan dalam kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional.

''PPP mengambil keputusan tersebut kerana itulah perubahan yang diminta oleh rakyat berbilang kaum yang inginkan kerajaan yang bersih dan telus serta cara hidup yang bebas di bawah naungan prinsip-prinsip Rukun Negara,'' katanya.

Kayveas berkata, beliau membuat keputusan demikian setelah bersetuju dengan seruan daripada Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.

''Jika PPP tidak diberi peranan positif dalam BN, kenapa kami masih hendak kekal di dalamnya?'' katanya.

Ketika ditanya hala tuju pada masa akan datang sekiranya PPP keluar daripada BN, Kayveas berkata:

''Kami tidak akan menyertai mana-mana pakatan dan akan menjadi sebuah parti tunggal sekiranya meninggalkan komponen BN, tanpa kira PPP akan jadi sebuah parti yang kuat atau lemah pada masa akan datang.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.