saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/12/2008

PKR minat Kuala Terengganu

SHAH ALAM 30 Nov. - Kekosongan kerusi Parlimen kawasan Kuala Terengganu menarik minat wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memohon kepada pucuk pimpinan parti itu agar calon PKR diberi peluang bertanding kerusi itu.

Hasrat itu disampaikan timbalan pengerusi badan perhubungan PKR Terengganu Razali Alias pada Kongres Nasional Tahunan parti itu di sini ketika membahaskan usul pendidikan hari ini apabila meminta kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang kosong diambil oleh PKR.

Ketika ditemui kemudian, beliau berkata PKR harus diberi peluang bertanding kerusi Parlimen itu memandangkan pada pilihan raya umum lepas, parti itu hanya bertanding di dua daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

"Kita mahu mood Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu untuk mewujudkan satu gelombang politik di sana bagi menawan kerusi Parlimen itu supaya jatuh ke tangan PKR," katanya.

Beliau berkata PKR Terengganu sudah mempunyai tiga calon yang layak untuk bertanding kerusi itu dan bersedia berbincang dengan PAS bagi mendapatkan kerusi itu.

"Sebelum ini, Mohamad Sabu (Pas) bertanding kerusi Parlimen itu, kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat, harap Pas boleh bertoleransi dalam hal ini," katanya.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada akhir kongres itu berkata, parti itu bersedia berunding dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membantu dan dibantu, bagaimanapun keputusan muktamad mengenai calon bagi pilihan raya kecil itu akan dibuat oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat.

"Seandainya majlis pimpinan memutuskan calon daripada Pas, kita akan memberi sokongan padu kepada calon itu," tegas beliau.

Kerusi Parlimen Kuala Terenganu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Jumaat lepas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.