saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/12/2008

Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1

SHAH ALAM 30 Nov. - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bercadang menukarkan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan wakil rakyat lain.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak menerima sebarang pengumuman dari PKR berhubung hal itu.

''Buat masa ini, saya tidak mendapat apa-apa pandangan daripada PKR kerana jawatan TKM I akan ditentukan oleh parti itu,'' katanya pada sidang akhbar semasa menghadiri Kongres Tahunan Nasional PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Mohammad Fairus akan digantikan dengan calon lain kerana kewibawaannya dipertikaikan oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu juga dikatakan telah mengecewakan pengundi di situ.

Pada 19 November lalu, ketika persidangan DUN Pulau Pinang, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) berkata, Mohammad Fairus tidak layak memegang jawatan tersebut termasuk menjadi exco berkaitan hal ehwal agama Islam negeri.

Beliau menyarankan kerajaan negeri supaya menukarkan Mohammad Fairus kerana TKM I itu tidak aktif dan gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

Mengenai laporan bahawa ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN dikatakan mungkin akan menyertai parti pembangkang, Lim berkata, pakatan itu sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang menyokong prinsip perjuangannya.

Laporan akhbar juga menyebut mengenai desas-desus bahawa ada pihak tertentu telah menemui Arif Shah untuk menawarkan jawatan TKM I.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.