saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/12/2008

Kematian Syed Alwi tiada unsur jenayah - Polis

01/12/2008 7:20pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Kematian seniman negara Datuk Syed Alwi Syed Hassan di kediamannya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Rawang dekat sini malam tadi, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, kata polis hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Hasnan Hassan berkata bedah siasat mendapati beliau meninggal dunia akibat kecederaan kepala kerana terjatuh disebabkan sakit.

“Malahan meja berdekatannya turut terbalik dan ubat-ubatan beliau berselerak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata retak di bahagian kanan kepala berhampiran telinga kanan Allahyarham berpunca daripada terjatuh di atas tanah atau pasu.

“Lebam-lebam dan luka lecet di tubuh badan akibat gigitan serangga manakala lebam hitam bahagian muka dan lengan berpunca dari kedudukan mayat tertiarap di atas tanah yang tidak rata dan dalam masa yang lama,” katanya.

Syed Alwi, 78, ditemui mati di bahagian dapur rumah banglo pada 8.30 malam oleh anak bongsunya, Norsham, 27.

Beliau dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini.

Norsham berkata ayahnya merupakan seorang sukan hidup sederhana dan gemar menghabiskan masa di rumah.

“Pada Sabtu lepas semasa saya menelefonnya, kami bercakap mengenai Liga Perdana Inggeris. Ayah adalah peminat Arsenal,” katanya.

Menurut Norsham, ayahnya pernah diserang angin ahmar tiga tahun lepas dan sebab itulah beliau sentiasa makan ubat.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.