saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/12/2008

Seorang terbunuh, 22 cedera letupan di Bangkok

02/12/2008 10:24am

BANGKOK 2 Dis. Seorang penyokong antikerajaan terbunuh dan sekurang-kurangnya 22 yang lain cedera semasa serangan bom tangan ke atas Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) di Lapangan Terbang Don Muang awal hari ini.

Serangan itu berlaku pada hari Mahkamah Perlembagaan dijangka menyampaikan keputusannya mengenai kes-kes penipuan pilihan raya melibatkan Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan dua daripada lima rakan kerajaan campuran - parti-parti Chart Thai dan Matchimathipataya. Dalam serangan pada 0.15 pagi, seorang lelaki yang berdiri di pintu Tol Don Muang melempar bom tangan M79 yang jatuh di terminal ketibaan lapangan terbang domestik itu yang dikuasai oleh PAD sejak minggu lepas.

Yang mati dikenali sebagai Ronnachai Chaisri berusia 29 tahun dari daerah Sabayoi dalam wilayah Songkhla di bahagian selatan sementara lima orang dalam keadaan kritikal.

Gambar televisyen menunjukkan penunjuk perasaan yang kebanyakannya wanita lari lintang-pukang selepas serangan itu. PAD, yang mendesak Perdana Menteri, Somchai Wongsawat digulingkan, telah menggerakkan penyokongnya yang semakin berkurangan dari Rumah Kerajaan untuk memperkukuhkan kekuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang dan Suvarnabhumi.

Sementara itu, penyokong PPP dilaporkan menyekat jalan-jalan menuju ke mahkamah dalam usaha mereka untuk menghalang hakim-hakim daripada menyampaikan keputusan.

Jika didapati bersalah, Somchai akan hilang kelayakan dan kerajaannya digulingkan, satu langkah yang dapat mententeramkan PAD. Somchai, yang terus bersembunyi di Chiang Mai demi keselamatannya, dijangka pulang ke ibu negara untuk menghadiri perbarisan tahunan tentera hari ini di Royal Plaza bersempena ulang tahun ke-81 Raja Bhumibol Adulyadej pada Jumaat.

Penutupan lapangan terbang mengakibatkan lebih 300,000 rakyat asing terkandas di Thailand, dan antara 40,000 hingga 50,000 warga Thai di seberang laut, tetapi setakat ini Kerajaan Thai dan pasukan keselamatannya tidak banyak menunjukkan usaha atau cukup serius untuk menamatkan kekacauan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.