saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 03/12/2008

Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 1

AMAT menyedihkan membaca beberapa kenyataan pemimpin bukan Melayu di kalangan Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak lagi segan-silu memperkatakan tentang hal-ehwal orang Melayu termasuk yang terbarunya tentang ketuanan Melayu.

Inilah sebenarnya sikap kiasu yang berada dalam kalangan pemimpin terbabit yang selama ini dipendamkan tetapi kini diluahkan dan dijelmakan dengan beraninya.

Kenapa? Kerana mereka melihat Melayu kini khususnya UMNO sudah tidak berdaya. Mereka juga beranggapan jika Melayu UMNO menentang mereka, akan ada Melayu PKR atau Melayu Pas yang datang ‘menangguk di air keruh’ dan menyokong demi populariti antara kaum dan kuasa!

Dalam hal ini, saya lihat jelas wujudnya pertembungan antara sikap kiasu pemimpin Cina ini yang kini sudah tidak mahu dipendamkan; dengan slogan ketuanan Melayu yang agak kerap dilaung-laungkan.

Apakah yang dikatakan sikap kiasu? Perkataan kiasu berasal dari dialek Hokkien yang bermaksud takut kalah. Sikap kiasu yang popular diguna pakai di negara ini dan Singapura dengan itu bermaksud, sikap takut kalah.

Kamus Internet Wikipedia turut memberikan contoh mengenai sikap kiasu ini termasuklah “…accumulating too much food on one’s plate during a buffet lunch in case there is no more later.”

Diterjemahkan bermaksud : “... mengumpul makanan yang banyak ke dalam pinggan sewaktu menghadapi makan tengah hari secara bufet, takut-takut makanan itu kehabisan kemudian”.

Daripada laman web www.asianjoke.com pula, ada artikel yang memberikan butiran A to Z of Kiasu Philosophy yang ditulis oleh Anonymous.

Dalam banyak contoh itu, saya rasa layak untuk mengatakan betapa sikap di bawah ‘J – Jump queue’ dan ‘Y – Yell if necessary to get what you want’ adalah tepat berdasarkan banyak pengalaman mengenainya.

Dalam soal jump queue atau potong barisan dan yell atau menyalak; saya lihat ia banyak berlaku di kaunter pejabat pos dan bank. Alasan puak kiasu ini ialah, “saya banyak sibuk’, ‘banyak kerja lain mau buat’. Macamlah mereka sahaja yang sibuk, yang kita ini tidak…

Apakah pula maksud ketuanan Melayu? Sudah banyak diperkatakan mengenainya dengan terbaru sepertimana disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lepas.

“Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tuan, bukan Melayu itu kuli. Tidak. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu.

‘‘Itu sebabnya dengan raja dan dengan KDYMM Tuanku Sultan; bila kita menghadap, kita sebut Tuan Ku. Tuan Ku. Kerana Tuanku tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu,” katanya.

Daripada segi konotasipun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif – takut kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu.

Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung-laungkan dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri!

Ini tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Kini, dengan sikap angkuh dan kiasu pemimpin berkenaan, beranilah pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?

Jadi, apakah yang harus dilakukan kini sementelah sikap kiasu pemimpin sebegini sudah mula berani ditonjolkan secara luarannya hingga sanggup memperikaikan ketuanan Melayu kita?

Di sinilah seharusnya pemimpin-pemimpin UMNO khususnya, duduk dan memikirkan secara serius untuk berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan sosio-politik orang Melayu.

Ini termasuklah dalam menghapuskan apa-apa juga hambatan yang terdapat dari dalaman khususnya mengenai gejala politik wang yang terus-menerus tidak memberikan gambaran baik tentang parti dan secara tidak langsung, Melayu kita.

Dengan kita kembali kukuh, bukan sahaja kita dapat mengatakan kepada pemimpin bersikap kiasu ini supaya tidak lagi buat hal; malah kita boleh memberitahu mereka agar mainkan peranan agar masyarakatnya yang terpengaruh dengan sikap kiasu, dididik supaya mengurangkannya.

Kita tidak mahulah menyebut kepada mereka supaya bersedia untuk diasimilasikan ke dalam budaya Melayu kita – perkara yang nampaknya menjadi pantang sangat kepada sesetengah pemimpin mereka.

Sekadar yang hendak dikatakan ialah, kurangkanlah darjah sikap kiasu itu sementelah pula kiasupun hanyalah istilah yang digembar-gemburkan serta diamalkan di negara ini dan Singapura, tidak pula kedengaran di lain-lain tempat di dunia.

Kalau pemimpin Cina sendiri tidak boleh mainkan peranannya melainkan asyik hendak go with the flow, mengikut arus hingga menuruti sahaja apa yang dikehendaki, kita juga boleh bertanya kepada mereka:

Apa gunanya jadi pemimpin. Tugas pemimpin ialah memimpin. Kalau hendak mengikut kehendak pengikut, janganlah jadi pemimpin sebaliknya jadilah sekadar pengikut sahaja!

YOPE KEY-DARE
Kuantan
Shah Alam

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.