saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/12/2008

Tiga azam Diana Danielle


MANJA… Kucupan tahniah daripada ibunda, Norsiah (kanan) di pipi Diana pada hari lahirnya yang ke-17.


SEKALI imbas, apabila terpandang sahaja wajah si gadis jelita berdarah kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle ini pasti umum akan cuba mengagak bahawa usianya telahpun mencecah sekitar awal 20-an.

Namun, apa yang pasti pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson yang manja disapa Diana ini sebenarnya baru sahaja mencecah usia 17 tahun pada tanggal 22 November lalu.

Apatah lagi, dia yang merupakan seorang model dan pelakon, kerap melakonkan watak-watak yang memerlukan dirinya berperwatakan serta berpenampilan lebih matang daripada usia sebenarnya.

Agak bertuah, di awal kemunculannya Diana sudah diberikan kepercayaan untuk memegang pelbagai watak yang agak mencabar.

Malah, tentu sahaja ramai yang masih mengingati bagaimana matangnya penampilan Diana yang dicorakkan dalam drama bersiri Air Mata Maria yang pernah ditayangkan di TV3 tidak lama dahulu.

Ketika ditemui pada majlis ulang tahunnya baru-baru ini, Diana cukup ceria diraikan dalam majlis serba sederhana sambil ditemani ibu serta dua rakan pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Evans.

Dalam pada ceria diraikan oleh rakan-rakan media dan kenalan rapat, suasana tiba-tiba bertukar hiba apabila di akhir majlis tersebut, Diana menitiskan air mata.

"Sebenarnya saya rasa sebak dengar nasihat demi nasihat yang diberikan oleh seorang rakan senior dalam industri (Bill Bora). Kemudian apabila terpandang pada mama, perasaan Diana terus tersentuh dan menangis.

"Mama dan Bill antara insan-insan yang telah banyak membantu Diana dalam kerjaya. Daripada Diana bukan sesiapa sehinggalah ke tahap dikenali ramai ketika ini," kata Diana dalam nada sayu.

Memulakan kerjaya di awal tahun 2001, Diana kini telah menjayakan pelbagai filem dan juga drama. Antara filem-filem lakonannya ialah Idola, Evolusi KL Drift dan Malaikat Maut.

Sementara drama-drama lakonannya termasuklah Air Mata Maria, Sembilu Kasih, Janji Diana, Takbir Terakhir, Gol Dan Gincu, dan Igauan.

Seperti insan lain yang memasang cita-cita dan harapan sempena peralihan umur, Diana juga turut memasang cita-cita sebagai panduan untuknya menyusun langkah ke masa hadapan.

Biarpun masih muda, dia yang sudah berjaya mencipta nama sebagai pelakon masih tidak menolak akan tanggungjawabnya terhadap bidang pelajaran.

Baginya pelajaran dan kerjaya sama penting dan perlu seiring jika mahu mencipta kejayaan yang lebih besar di hari muka.

Diana mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula 11 November lalu. Jika ramai pelajar lain menyasarkan 10 A dalam peperiksaan tersebut, Diana juga tidak mahu ketinggalan menetapkan sasaran yang sama.

"Sebenarnya, tahun lepas lagi Diana memang berazam nak dapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran. Kalau boleh Diana nak dapatkan 10 A dalam SPM.

"Jika ramai yang perasan, tahun ini Diana tak banyak terima tawaran berlakon sebab Diana nak betul-betul tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki dalam bulan Julai tahun hadapan Diana nak sambung pelajaran di universiti dalam bidang sains dan matematik sebab Diana memang minat dua subjek tersebut," kata Diana.

Dalam pada sibuk menyasarkan kejayaan masa hadapan, Diana juga tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Menurut Diana, pada usia 17 tahun ini dia mahu lebih menjaga hubungan baik dengan ibunda kesayangannya, Norsiah.

"Bukan apa, Diana selalu sibuk dengan kawan-kawan jadi kalau boleh pada usia 17 tahun ini Diana mahu lebih rapat dengan mama.

"Tak naklah nanti asyik dengan kawan-kawan saja sampai lupa pada mama," kata Diana lagi.

Dalam kerjaya pula, seperti kebanyakan pelakon wanita, Diana juga memasang impian untuk menjadi heroin filem suatu masa nanti.

Bagaimanapun kata Diana, impiannya itu bakal terlaksana tahun hadapan apabila dia bakal memegang watak utama dalam tiga buah filem lakonannya.

Antara filem yang bakal dilakonkan oleh Diana tahun hadapan termasuklah Kecoh Betul yang menyaksikan dia bakal bergandingan dengan pelawak yang semakin digilai ramai Nabil, filem terbitan KRU iaitu Magika dan Evolusi KL Drift 2.

"Diana rasa bangga dengan apa yang Diana buat sekarang. Berlakon dan menjadi model. Sejak kecil lagi mama sudah ajar Diana berdikari dan Diana diberi kebebasan untuk memilih apa yang terbaik untuk diri Diana," katanya.

Pada April tahun hadapan, Diana bakal melahirkan album sulungnya yang mengandungi pelbagai genre lagu termasuklah pop, rock dan jazz.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.