saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/12/2008

Abdullah ingin selesaikan semua isu utama sebelum berundur

04/12/2008 5:39pm

KUALA LUMPUR 4 Dis. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau ingin menyelesaikan isu mengenai rasuah, suruhanjaya pelantikan hakim dan suruhanjaya aduan khas sebelum melepaskan jawatan pada Mac tahun depan kerana negara akan menghadapi masalah jika semua ini tidak ditangani.

Perdana Menteri berharap semua Anggota Parlimen akan menyokong Rang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Disember ini.

“Saya harap semua pihak melihat suruhanjaya ini di luar kepentingan parti dan mengundi sesuatu yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan, the Sun.

Abdullah berkata, bahawa dengan penubuhan MACC cara Badan Pencegah Rausah (BPR) berfungsi akan berubah.

“Kita akan melihat BPR yang berbeza (kerana) ia akan mempunyai lebih kemampuan untuk bertindak dan perlu menjawab kepada rakyat,” katanya.

Mengenai pelantikan hakim, Perdana Menteri berkata, apa yang perlu dipastikan ialah badan kehakiman mestilah satu badan yang berwibawa.

“Jika rakyat yakin terhadap badan kehakiman, maka kita tidak perlu risau kerana kita mempunyai orang yang dapat melindungi hak kita, membela kita, dan seorang yang kita boleh merayu,” katanya.

Daripada segi prosedur, Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang dicadangkan itu, adalah bebas daripada campur tangan kerajaan dan pihak-pihak lain dalam memilih calon hakim.

“Anggota suruhanjaya akan berbincang sesama sendiri dan membuat pilihan secara undi sulit,” katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.