saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 04/12/2008

Sejarah Masjid Umar Ali Saifuddin


Gambar bahtera berhampiran menambah seri Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.


Pada tahun 1949, Kerajaan Brunei merancang untuk membina sebuah masjid yang kekal, cantik dan besar yang menjadi kemegahan rakyat di negara itu.

Pada bulan Disember 1952, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk memikirkan tapak tanah yang sesuai dengan rancangan ini.

Cadangan awal tapak tanah bagi pembinaan masjid itu ialah di Padang Pekan Brunei, (sekarang Taman Haji Seri Muda Umar Ali Saifuddin).

Bagaimanapun Almarhum Sultan Brunei ketika itu, Sultan Umar Ali Saifuddin Saidul Khair Waddin menitahkan masjid ini dibina berhampiran dengan Sungai Brunei kerana ia memberi kemudahan kepada umat Islam yang tinggal di Kampung Air.

Pembinaan masjid ini merupakan rancangan kemajuan negara yang pertama diperkenalkan Sultan Umar Ali Saifuddin sejak baginda menaiki takhta kerajaan pada 6 Jun 1950.

Reka bentuk bangunan masjid ini mula dilukis pada tahun 1953 atas daya dan ilham baginda sendiri dan diterjemahkan lukisannya Pegawai Kerja Raya, Awang Besar Sagap.

Lukisan ini ditelitikan lagi oleh syarikat swasta iaitu Misres Induasredas Indi Fartanres, manakala kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Sinu Malayan (Engineers) Company Limited.

Masjid ini mula dibina pada hari Khamis, 1 Jamadilakhir 1373 bersamaan 4 Februari 1954. Ia terletak di atas sebidang tanah seluas dua hektar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei.

Ukuran bagi keluasan masjid ini ialah 69 meter panjang dan 26 meter lebar yang mempunyai kapasiti menampung seramai 3,000 jemaah.

Keseluruhan harga Masjid Umar Ali Saifuddin ini adalah kira-kira RM19 juta dengan mempunyai ciri-ciri yang jelas, cukup teratur, indah terutama pembinaan mihrab, mimbar dan menara.

Ketiga-tiga struktur ini dihias indah dengan unsur-unsur kesenian Islam yang terdiri daripada kaligrafi, bunga-bunga dan geometri.

Kawasan perkarangan masjid ini terbahagi kepada dua, sebahagiannya air dan selebihnya daratan.

Di bahagian perkarangan daratan dipasang batu marmar yang berbentuk unsur-unsur geometri yang sangat cantik dan menarik.

Di bahagian lain terdapat pokok-pokok bunga yang membentuk huruf jawi yang tertulis perkataan Masjid Umar Ali Saifuddin.

Di kawasan berair terdapat satu lengkungan tembok yang hampir mengelilingi masjid, sepanjang 558 meter dan membentuk satu kawasan lagun.

Di tengah-tengah lagun ini dibina satu bahtera kenaikan diraja yang digunakan pada zaman silam.

Bahtera yang berharga kira-kira RM623,000 ini mempunyai ukuran kira-kira 47 meter panjang dan 9 meter lebar.

Istiadat pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan Sultan Umar Ali Saifuddin pada hari Jumaat, 13 Rabiulawal 1378 Hijrah bersamaan 26 September 1958, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Masjid ini dinamakan Masjid Umar Ali Saifuddin bersempena nama sultan yang bertanggungjawab menjadi pereka, pengasas dan berjasa terhadap pembinaannya.

Pada hari Jumaat, 25 Ramadan 1429, bersamaan 26 September 2008 genaplah 50 tahun Masjid Umar Ali Saifuddin yang menjadi lambang kemegahan syiar Islam di negara ini dan mercu tanda kekuatan beragama bagi rakyat Brunei Darussalam di mata dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.