saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/12/2008

Pemuda Pas P. Pinang bantah penganjuran I-Dance

PULAU PINANG 5 Dis. - Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang hari ini membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan I-Dance di Pulau Pinang kerana mendakwa ia tidak membawa manfaat kepada masyarakat.

Ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, penganjuran kempen 'I-Dance' yang disokong oleh Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri di New World Park itu bukan sahaja menghidupkan budaya jalanan melalui tarian shuffle malahan ia boleh menambahkan masalah sosial di kalangan generasi muda.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Hafiz berkata, beliau mahu kerajaan negeri bertindak membatalkan acara berkenaan selaras dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng iaitu 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar'.

"Sokongan kerajaan negeri kepada acara itu jelas bertentangan dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri yang mahu mencegah kemungkaran seperti yang dilakukan Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Difahamkan, acara yang dianjurkan oleh Danzity Productions itu disokong oleh kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukannya dan bertujuan mempromosi gaya hidup sihat untuk mengisi masa lapang golongan remaja.

Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan pada 20 Disember ini di New World Park manakala pusingan akhir pada 27 Disember di Queensbay Mall.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.