saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 06/12/2008

Sungai Ujong Walk bakal tandingi Jonker Street


Halim Abd. Latif (tiga dari kiri) menunjukkan pelan pelancongan baru bandar Seremban 'Sungai Ujung Walk' kepada Lee Yuen Fong (kot hitam) di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 5 Dis. - Jika dahulu kawasan Seremban dikatakan seolah-olah sepi ketika senja melabuhkan tirainya, keadaan itu akan berubah tidak lama lagi.

Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjangkakan keadaan itu bakal berubah apabila Sungai Ujong Walk di sini akan mula beroperasi pada 2 Januari depan.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pembukaan Sungai Ujong Walk di Jalan Dr. Murugesu dilihat sebagai satu lokasi yang bakal menghidupkan semula suasana malam selain menceriakan sekitar kawasan bandar ini.

Katanya, lokasi itu juga bakal menggamit pelancong dari luar dan dalam negeri untuk berkunjung ke kawasan ini selain menambahkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah untuk berniaga di sini.

"Ia di lihat sebagai satu cara membantu masyarakat berpendapatan rendah mempunyai ruang untuk berniaga secara kecil-kecilan di bandar ini agar dapat memperoleh pendapatan sampingan dan meringankan beban kehidupan mereka.

"Pada masa yang sama kita berharap kawasan ini bakal menjadi perhatian kepada penduduk setempat mahupun orang luar yang ingin menikmati suasana bandar pada waktu malam," katanya ketika di temui di sini.

Tambahnya, pihaknya juga akan menyediakan 72 tapak perniagaan di mana 30 tapak akan menjual makanan dan minuman manakala selebihnya adalah keperluan umum di kawasan berkenaan selain menyediakan pentas bagi membolehkan sebarang pertunjukan atau persembahan kebudayaan diadakan.

Katanya, MPS masih membuka permohonan untuk mereka yang berminat berniaga di Sungai Ujong Walk dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan buat tiga bulan pertama mereka menjalankan perniagaan di situ.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, sambutan yang diterima oleh pihaknya amat menggalakkan dan maklum balas daripada orang ramai amat memberangsangkan.

"Sungai Ujong Walk ini akan menggunakan konsep Jonker Street yang cukup terkenal di Melaka dan berharap ia juga mampu menarik minat masyarakat negeri ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana bandar Seremban.

"Pengunjung juga berpeluang untuk mendapat pendedahan dan menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum pada setiap hujung minggu apabila Sungai Ujung Walk mula beroperasi kelak," ujarnya.

Katanya, MPS telah membelanjakan sebanyak RM521,000 untuk menaiktaraf jalan, longkang dan kawasan sekitar bagi memastikan ia selesa dan dapat menarik orang ramai untuk berkunjung ke situ.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.