saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/12/2008

4 mati, 14 cedera, 1 hilang


ABDULLAH Ahmad Badawi mendapatkan penerangan daripada pegawai bertugas mengenai kejadian tanah runtuh yang merosakkan 14 banglo di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Empat terbunuh, 14 cedera manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah banglo di kawasan seluas empat hektar tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, dekat sini awal pagi ini.

Mangsa yang terkorban ialah pelajar Shaiful Khas Shahrudin, 20; doktor haiwan, Dr. S. Yogeswari, 40; akauntan Ng Yee Peng, 40; dan pembantu rumah warga Indonesia, Surinah, 30.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian tiba-tiba runtuh.

Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Menurutnya, setakat pukul 4 petang ini, seramai 95 mangsa berjaya diselamatkan dan ditempatkan di surau berhampiran dan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang di sini, manakala penghuni yang diarahkan mengosongkan kediaman mereka ditempatkan di Dewan Serba Guna AU2, Hulu Klang.

Beliau memberitahu, kesemua 14 mangsa yang cedera telah keluar dari HKL.

Tambah beliau, dua daripada mangsa itu iaitu seorang wanita yang sarat mengandung dan seorang lelaki yang diserang serangan jantung terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.

Katanya, operasi yang disertai lebih 500 anggota penyelamat, daripada 14 pasukan masih diteruskan untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terperangkap.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan beroperasi selama 24 jam sehingga seorang lagi mangsa ditemui,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pada awalnya, operasi tersebut menghadapi sedikit kesukaran apabila air sungai yang terletak di kawasan berkenaan melimpah keluar ekoran timbunan pasir dan menyebabkan laluan terputus kepada kira-kira 2,000 penghuni apartmen kawasan berhampiran.

Bagaimanapun katanya, Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pantas dengan membuka trek pejalan kaki bagi membolehkan kesemua penghuni berkenaan keluar.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.