saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 08/12/2008

Lapan basikal program 'Rakyat Pengayuh Perubahan' dibakar


ANGGOTA polis forensik memeriksa sebahagian basikal yang dibakar milik peserta ekspedisi 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Kompleks Yayasan Aman di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 7 Dis. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), membuat laporan polis mengenai lapan basikal yang sedang digunakan dalam ekspedisi 'Rakyat Pengayuh Perubahan' dari Alor Star ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur telah dibakar ketika peserta sedang tidur awal pagi tadi.

Penyelaras JERIT, R Rani Mohanarani, berkata bahawa dalam kejadian yang dipercayai berlaku pukul 3 pagi tadi, lapan basikal itu dibakar ketika semua pengayuh dan krew sedang nyenyak tidur di Kompleks Yayasan Aman, Kubang Semang di sini.

"Seorang krew terdengar bunyi letupan dan melihat api sedang membakar beberapa basikal. Kami tidak dapat melihat siapa yang membuat angkara ini, " katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Rani berkata bahawa selepas kejadian itu, mereka terlihat sebuah kereta melalui pintu pagar kompleks berkenaan dan terdengar jeritan seorang lelaki berkata: "Mati ke, tak pedulilah". Ekspedisi yang disertai 65 orang itu akan singgah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sebelum ke Parlimen untuk membuat tuntutan rakyat kepada kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid menasihatkan penganjur membatalkan program yang berkaitan kerana faktor keselamatan.

"Lanjutan insiden itu menunjukkan wujudnya perasan kurang senang di kalangan masyarakat dengan program Jerit untuk menjelajah Malaysia dan polis tidak menolak kemungkinan program seperti itu akan menimbulkan ketegangan dan masalah ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebelum ini polis juga telah memberi nasihat, amaran dan pandangan tentang penganjuran apa juga acara, supaya mematuhi undang-undang dan mengambil kira faktor keselamatan serta kententeraman awam.

"Dalam kes ini pihak polis di beberapa negeri telah memberi nasihat kepada penganjur dan telah memaklumkan bahawa bukan semua orang bersetuju dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak mereka. Pihak penganjur harus bertanggungjawab terhadap kejadian itu," katanya.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.