saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/12/2008

Rusuhan bantah polis tembak mati remaja di Greece

ATHENS 7 Dis. - Rusuhan meletus di beberapa bandar di Greece sejak malam tadi selepas polis menembak mati seorang remaja lelaki di ibu negara ini.

Kekacauan itu adalah yang terburuk di negara Mediterranean ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Rusuhan bermula di Athens malam tadi sejurus selepas remaja itu ditembak di daerah Exarchia, tengah ibu negara, di mana gerombolan pemuda membaling bom petrol ke arah polis, membakar puluhan kereta dan memecahkan tingkap kedai.

Keganasan segera merebak ke bandar kedua terbesar, Thessaloniki dan bandar lain di utara Greece.

Bandar di pulau-pulau percutian Crete dan Corfu turut dilanda protes membantah pembunuhan remaja tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Prokopis Pavlopoulos menawarkan peletakan jawatannya tetapi ditolak oleh Perdana Menteri, Costas Karamanlis, kata seorang jurucakap kementerian.

"Bagi pihak kerajaan dan Perdana Menteri, saya menyuarakan kesedihan atas insiden itu, terutamanya kematian remaja berkenaan," kata Pavlopoulos.

Dua anggota polis ditangkap dan disoal siasat berhubung kejadian itu.

Anggota polis itu berkata, kereta peronda mereka diserang oleh 30 pemuda yang melontar batu dan objek lain.

Apabila mereka cuba menangkap belia itu, mereka diserang lagi dan salah seorang daripada mereka melepaskan tiga tembakan, menyebabkan remaja itu maut.

Insiden itu menandakan kali pertama sejak 1985 polis membunuh seorang remaja bawah umur di negara ini.

Pegawai hospital berkata, budak lelaki itu berusia 15 tahun.

"Pembunuh beruniform!" teriak ratusan penunjuk perasaan yang berarak ke ibu pejabat polis di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.