saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/12/2008

Penduduk diminta buat laporan polis

08/12/2008 1:19pm

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa dekat sini, diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan sejak kelmarin dipecah masuk.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis sentiasa mengawal rapi rumah mereka selama 24 jam sejak insiden tanah runtuh.

"Anggota kami mengawal rumah mereka selama 24 jam dan pada waktu malam, kita pasang lampu untuk memerhati keadaan sekitar.

"Kita minta penduduk jangan panik, semua rumah adalah selamat di bawah kawalan polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khalid menjelaskan, laporan media yang menyiarkan kebimbangan penduduk mendakwa rumah mereka dipecah masuk adalah tidak benar.

Beliau memberitahu, ini kerana setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan mengenai kehilangan jam tangan semalam.

"Jadi kami minta sekiranya ada di antara rumah mereka dipecah masuk, laporkan kepada pondok polis yang disediakan di sini

“Kalau ada laporan, kita akan siasat," ujarnya.

- Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.