saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/12/2008

Eddie kembali arah filem


RAJA Lela (tiga dari kiri) bersama Eddie (kanan) serta barisan pelakon Dimensi Cinta.


SUDAH lapan tahun lamanya karyawan filem ini menyepi daripada dunia perfileman tanah air.

Selepas muncul dengan filem bercorak futuristik Melayu menerusi Syukur 21 pada tahun 2000, dirinya bagaikan membawa diri.

Hal tersebut sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dan tidak kurang ada yang membuat andaian terhadapnya yang dikatakan merajuk atau jemu dengan senario filem tempatan.

Ditambah dengan fokusnya yang lebih terarah kepada pengarahan drama serta dokumentari, ia sekali gus seakan menguatkan segala andaian berkenaan.

Masakan tidak, selepas Syukur 21, pengarah bernama Mohd. Aliff Najmi atau Eddie Pak ini banyak mengarahkan drama seperti Di Antara Logik, Skuad Elit termasuk drama berbahasa Cina.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum penghasilan Syukur 21, Eddie dilihat begitu rancak mengarah beberapa filem seperti Kumpulan O pada 1985, Operasi Cegah Jenayah (1989), Red Haired Tumbler In Malaya (1993) dan Litar Kasih (1997).

Sekitar tahun lalu, Eddie yang memeluk Islam pada 1996 mencuba haluan baru dengan menghasilkan beberapa dokumentari.

Membanggakan, dokumentarinya yang berjudul Dance, The Lion telah dipertandingkan di Festival Filem Cannes pada tahun lalu.

Dua lagi dokumentari yang dihasilkan oleh Eddie adalah Ancient Ink dan The Black Veil. A Peranakan Wedding.

Proses pengambaran dokumentari-dokumentari berkenaan telah dijalankan di Malaysia, China, Hong Kong, Indonesia dan Singapura serta ditayangkan di beberapa stesen televisyen luar.

Namun, Ancient Ink dan The Black Veil. A Peranakan Wedding gagal untuk dipertandingkan di Festival Filem Cannes.

Sungguhpun begitu, Eddie dilihat mula kembali berjinak-jinak ke dunia perfileman apabila bertindak mengarahkan sebuah filem pendek berjudul Burger Boy.

Filem pendek itu telah mendapat tempat apabila ditayangkan di Festival Filem Cannes kali ke-61, Mei lalu.

Melihatkan minatnya yang begitu mendalam terhadap dunia perfileman, Eddie membuka hatinya untuk menerima tawaran daripada Harian Inovatif Sdn. Bhd., bagi mengarahkan sebuah filem berjudul Dimensi Cinta.

Dimensi Cinta yang berlatarkan kisah benar menampilkan barisan pelakon seperti Hairie Osman (watak utama), Awie, Eman Manan, Mustapha Kamal, Catriona Ross, Abby Abadi, Rozita Che Wan, Linda Hashim, Sari Yanti, Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran.

Filem yang diterbitkan dengan kos sebanyak RM1.8 juta ini akan memulakan pengambaran pada 6 Februari depan dengan memperkenalkan penerbit baru dalam industri perfileman, Raja Lela melalui syarikatnya, Harian Inovatif.

Selain senarai pelakon, Dimensi Cinta turut memperkenalkan lagu tema bagi filem tersebut yang berjudul Kasih, nyanyian bintang Akademi Fantasia musim kedua, Edlin.

Eddie yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama Dimensi Cinta baru-baru ini menjelaskan mengenai statusnya ‘kehilangannya’ selama ini.

Bukan merajuk atau mahu melupakan dunia perfileman tetapi Eddie sememangnya merindui dan menyimpan impian untuk kembali aktif mengarah filem.

“Seperti yang sedia maklum, saya banyak mengarah drama dan dokumentari serta terlibat dalam kerja-kerja selepas produksi dan kesan visual bagi iklan komersial di televisyen.

“Sambutan yang berterusan menyebabkan saya meneruskan kerja-kerja berkenaan tanpa disedari sudah lapan tahun berlalu,’’ katanya.

Menurut Eddie, melihatkan industri perfileman yang kian berkembang, ia memberikannya keyakinan untuk kembali aktif di bidang pengarahan.

“Sebagai antara orang lama dalam industri, saya merasa rugi jika perkembangan sihat ini tidak digunakan sepenuhnya.

“Justeru itu, sebaik menemui dan berbincang dengan Raja Lela tahun lepas, hati saya terbuka untuk mengarah filem semula,’’ jelasnya.

Kepada satu soalan terhadap gambaran Dimensi Cinta yang dilihat umpama sebuah penerbitan drama memandangkan dirinya sudah lama tidak terbabit dalam filem, Eddie bagaimanapun berkata: “Saya akan buktikan kemampuan saya untuk mengarah filem.’’

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.