saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/12/2008

Sediakan penempatan sementara – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kerajaan disaran menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang masih tidak mempunyai tempat tinggal bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah yang proaktif perlu diambil dengan sokongan kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal tersebut sama ada mangsa ditempatkan di hotel atau di tempat lain yang lebih sesuai.

Beliau berkata, pihaknya tidak bimbang jika mangsa terlibat telah mempunyai tempat tinggal dengan menumpang bersama saudara-mara atau pun sahabat-handai, tetapi terdapat juga penduduk yang masih tidak ada tempat untuk berlindung.

‘‘Saya hendak cadangkan begitu supaya mereka tidak berfikir ke mana hendak pergi kerana boleh jadi mangsa terbabit tidak ada tempat hendak pergi atau pun hendak cari tempat sementara dan ia ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Panglima 11 Brigad Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Md. Azman Rosli.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, empat terbunuh, 14 cedera, manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap setelah 14 banglo di kawasan seluas empat hektar tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, langkah tersebut perlu segera dilaksanakan bagi membolehkan kawasan tanah runtuh termasuk taman-taman perumahan berhampiran dapat dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Jelasnya lagi, laporan yang dikeluarkan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan tersebut tidak begitu selamat dan atas dasar itu, pasukan keselamatan telah mengeluarkan arahan untuk mengosongkan lokasi kejadian.

‘‘Eloklah kita ikut nasihat pihak berkuasa untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau ditempatkan di penempatan sementara,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai pampasan, beliau enggan mengulas mengenai hal tersebut kerana ia di luar bidang kuasanya.

Muhyiddin memberitahu, apa yang lebih penting kini ialah keutamaan perlu diberi kepada soal keselamatan penduduk agar tragedi seumpama itu tidak lagi berulang.

‘‘Kita perlu pastikan langkah berjaga-jaga dan saya berharap penduduk juga dapat mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan,” tegasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.