saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 09/12/2008

Perompak tengok ‘Gerak Khas’, operasi tidak jadi


Arbae Makdor sewaktu menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Johor, (ketika itu) Datuk Hussin Ismail.


RISIKAN telah dibuat dalam menjejaki sekumpulan penjenayah warga Indonesia yang melakukan kegiatan samun bersenjata api berleluasa di sekitar kawasan Kulai sekitar 2004.

Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang itu melakukan sebanyak 15 samun dengan menggunakan pistol, senapang patah dan juga parang sehingga mencederakan mangsa.

Sasaran pihak berkuasa adalah bagi menumpaskan kumpulan tersebut sepenuhnya agar keamanan masyarakat tidak tergugat.

Menurut Cif Inspektor Arbae Makdor yang mengetuai kes tersebut, beliau serta anak-anak buahnya telah mengerahkan sepenuh tenaga bagi mengumpul maklumat dalam memberkas penjenayah terbabit.

Setelah intipan demi intipan dibuat berbulan-bulan, akhirnya tiba waktu yang ditunggu bagi pasukan polis untuk menggempur kumpulan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan itu.

Arbae bersama pasukannya dari Balai Polis Senai menunggu dengan penuh resah kehadiran pemberi maklumat kerana dikhabarkan kumpulan penjenayah itu akan bertindak pada malam tersebut.

“Kami tunggu dan tunggu namun malam itu kami tidak dapat buat operasi kerana informer beritahu, kumpulan penyamun Indonesia tidak mahu keluar, mereka nak tengok rancangan Gerak Khas,” katanya yang menceritakan pengalamannya ketika menjadi Ketua Balai Polis Kulai pada tempoh tersebut.

Memang agak sukar untuk diterima situasi tersebut, namun Arbae serta anak-anak buahnya terpaksa menerima hakikat drama berbentuk kepolisan Gerak Khas itu menjadi tontonan semua pihak termasuk penjenayah dari Indonesia.

“Saya pun nak tergelak bila dengar maklumat itu tapi memang betul mereka tak keluar sebab Gerak Khas dan kami pun terpaksa tunggu lagi,” katanya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, dan begitulah nasib kumpulan penjenayah yang akhirnya tersungkur di tangan pihak polis yang diketuai Arbae.

Sebanyak tiga orang daripada penjenayah terbabit telah ditembak mati manakala tujuh lagi telah diberkas. Pihak polis juga berjaya menemui semula hasil rompakan yang berupa barang kemas dan wang tunai selain merampas senjata api penjenayah.

Jelas Arbae, 48, kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah tersebut merupakan antara kenangan manis sepanjang perkhidmatan polisnya yang bermula dari tahun 1979 sehingga kini.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Klang, Selangor telah mengikut jejak langkah ayahnya, Makdor Abdul Majid yang juga seorang anggota polis bertugas di Balai Polis Klang.

Anak bongsu daripada lima beradik itu telah menjalani latihan anggota polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur pada 13 Jun 1979 dan enam bulan kemudiannya mula bertugas di Balai Polis Pengerang, Kota Tinggi sebagai Koperal Mahkamah Majistret.

undang-undang

“Mungkin ramai yang tidak sedar, bekerja di mahkamah dapat mengetahui mengenai undang-undang dan menguruskannya.

“Banyak pendedahan awal yang saya peroleh dan ia banyak membantu kerjaya saya sebagai anggota dan pegawai polis,'' katanya.

Katanya lagi, semasa di Pengerang juga, beliau pernah berhadapan pengalaman yang mana hampir 48 mayat manusia terpaksa dikutip di kawasan pantai selama 10 hari berikutan nahas sebuah bot karam di perairan Singapura.

Arbae memberitahu, selepas lapan tahun berkhidmat di Pengerang, beliau kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dan dalam perkhidmatannya itu, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Penyelia Detektif.

Jelas beliau, pada 1997, dedikasinya terhadap perkhidmatan telah mendapat perhatian dan beliau ditawarkan kenaikan pangkat sebagai seorang pegawai.

“Saya mengikuti kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan selama enam bulan dan seterusnya berkhidmat sebagai Ketua Balai Polis Kulai berpangkat Inspektor,'' katanya.

Selain berhadapan dengan penjenayah yang menonton Gerak Khas itu, kata Arbae, beliau juga menjalankan pelbagai aktiviti pembanterasan jenayah di Kulai di samping mengeratkan kerjasama masyarakat.

“Suatu masa dahulu, ada sebuah sarang penagih dadah yang dikenali sebagai Corner S di Batu 24, Kulai yang menjadi tumpuan penagih dari seluruh Johor.

“Kami gempur demi gempur hingga sarang itu langsung ditutup dan kami dapati kes-kes jenayah seperti ragut dan curi motosikal semuanya menurun,” katanya.

Dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat, beliau serta anak-anak buahnya sering mengadakan program termasuk perlawanan bola sepak dan aktiviti gotong-royong.

Di samping itu, Balai Polis Kulai di bawah terajunya juga berjaya memenangi Pertandingan Landskap Tercantik dan juga Balai Polis Contoh bagi Kontijen Polis Negeri Johor pada tahun 2002.

Bagaimanapun, mengulas mengenai pengalaman pahitnya, ialah ketika berhadapan kes kematian Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Supritendan Mazlan Jamil yang meninggal dunia di rumahnya di Senai kerana kes samun bunuh.

“Memang saya terasa sangat kerana dia bagaikan seorang bapa dan kehilangannya itu amat menyedihkan,'' katanya.

Arbae yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara memberitahu tugas sebagai polis sememangnya terpaksa berdepan dengan risiko keselamatan nyawa.

Jelas bapa kepada empat cahaya mata itu, kerjasama antara polis dan masyarakat merupakan langkah terbaik dalam membantu mencegah jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.