saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/12/2008

Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan

KUALA KANGSAR 9 Dis. - Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar adalah antara 45 aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang ditahan polis selama beberapa jam kerana menghalang tugas polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Pemangku Supritendan Abdul Ghafar Mohamad berkata, kumpulan itu enggan bekerjasama dengan polis yang hendak melakukan pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kuala Kangsar kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

''Lima pemimpin Jerit yang ditahan menaiki kereta manakala 40 lagi terdiri daripada remaja berusia 13 hingga 16 tahun ditahan di dalam bas sekolah.

''Polis terpaksa menahan rombongan itu berikutan mereka enggan bekerjasama dengan polis termasuk mengunci pintu bas dan tidak membenarkan polis memeriksa kad pengenalan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, wakil rakyat tersebut dan beberapa orang lain yang berada di luar bas telah menghalang polis melakukan pemeriksaan hingga berlaku sedikit kekecohan.

Jelas beliau, ekoran itu, polis terpaksa mengarahkan bas itu dipandu ke Balai Polis Kuala Kangsar sejauh kira-kira 15 kilometer untuk memudahkan soal siasat dijalankan.

Kata beliau, lima pemimpin Jerit termasuk Jeyakumar disoal siasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, semua aktivis terbabit sudah dibebaskan petang ini selepas polis mengambil keterangan.

''Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kamunting menuju ke Karai selepas menghadiri kempen Rakyat Pengayuh Perubahan di Kem Tahanan Kamunting," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.