saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/12/2008

Kikis gaya hidup huni di tanah tinggi

LUSA genap 15 tahun peristiwa runtuhan satu daripada tiga blok pangsapuri Highland Towers di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor yang telah memakan korban 48 nyawa.

Sudah banyak kali kejadian tanah runtuh berlaku sekitar Bukit Antarabangsa yang tersohor dengan kediaman bagi golongan elit.

Terbaharu, pada awal pagi 6 Disember lalu iaitu hanya kira-kira 1.5 km dari Highland Towers, tragedi yang sama berulang lagi.

Kali ini 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa ranap ditimpa tanah runtuh dengan empat kematian dilaporkan setakat ini.

Seperti biasa bermulalah episod menuding jari mencari kesalahan dan punca malapetaka. Persoalannya, mengapa hanya selepas berlakunya tragedi baharu diminta laporan daripada pihak-pihak berkenaan seperti Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR)?

Begitu juga hampir di setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM.

Namun, adakah ilmu dan kepakaran mereka didengar apa lagi untuk diterima pakai sebagai panduan sebelum membangunkan sesuatu kawasan?

Buktinya, amaran awal oleh pihak Nasec tentang jangkaan berlakunya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah tidak dipedulikan.

Apa pun, selepas ini rakyat Malaysia terutama mereka yang memiliki taraf ekonomi dan sosial yang tinggi perlu mengetepikan sikap megah dan bangga diri menghuni di kawasan lereng, cerun dan tanah tinggi.

Membeli dan membina kediaman mewah di kawasan tersebut walaupun nampak hebat sama ada disedari atau tidak seperti pelaburan jangka panjang untuk membunuh diri dan ahli keluarga sendiri.

Jika tiada permintaan untuk rumah mewah di kawasan tanah tinggi tentulah pihak pemaju sebagai golongan kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tidak 'gila' untuk berlumba-lumba membina kawasan perumahan di tanah tinggi.

Hanya mereka yang obses dengan status kediaman eksklusif akan terperangkap dengan sikap tamak pemaju yang hanya memenuhi kehendak mereka meskipun tahu mengundang bahaya.

Biarlah peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kali ini adalah yang terakhir mendapat perhatian ramai dan diberi liputan meluas oleh pihak media.

Banyak lagi masalah negara dan kesengsaraan masyarakat lain berdepan dengan ujian alam seperti banjir besar di kawasan Pantai Timur yang menuntut semua pihak untuk diberi perhatian bagi mencari jalan penyelesaian.

Malah, iklim ekonomi dunia yang tidak stabil dan pasti memberi tempias kepada negara ini serta isu perpaduan dan pendidikan kebangsaan yang masih belum selesai yang antara puncanya daripada kerenah golongan elit juga tidak harus diketepikan lantaran hanya membincangkan tentang Bukit Antarabangsa dan masalahnya sahaja.

Oleh itu, selera untuk hidup di kediaman mewah yang terletak di kawasan tanah tinggi perlu diubah sebelum membawa padah pada masa akan datang.

MOHD. ARIF ATAN

Bukit Beruntung Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.