saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/12/2008

Jalan sesak penghuni pindah barang

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Ratusan kenderaan terkandas dalam kesesakan jalan raya kira-kira satu jam apabila penghuni berhampiran kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa di sini menggunakan laluan alternatif untuk mengeluarkan barang serta kenderaan masing-masing, selepas terputus hubungan sejak Sabtu lalu.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan hanya satu arah laluan dibuka untuk tempoh setiap setengah jam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada juga di antara mereka mengambil peluang itu untuk mengisi minyak selain membeli barangan keperluan.

Malah terdapat juga penghuni mengambil keputusan untuk berpindah dari kawasan berkenaan kerana trauma dengan tragedi yang meragut empat nyawa itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai kesesakan itu berkata, keadaan itu disebabkan tindakan segelintir pihak yang gemar memotong barisan serta meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“Janganlah terlalu pentingkan diri sehingga sanggup bertindak sebegitu. Bagi peluang kepada semua,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, penghuni-penghuni di lima kawasan perumahan iaitu Apartmen Impian Selatan, Taman Bukit Mewah, Jalan 6A, Taman Bukit Jaya dan seluruh penduduk di Jalan 9 dan 11, Taman Wangsa Ukay turut mengambil peluang cuaca cerah hari ini untuk mengosongkan kediaman mereka setelah diarah berbuat demikian.

Keselamatan penghuni mula terganggu berikutan 14 rumah di Taman Bukti Mewah berhampiran kawasan tersebut ranap ditimbus tanah hingga mengorbankan empat nyawa dalam kejadian pagi Sabtu lalu.

Menurut seorang penghuni yang enggan namanya disiarkan, beliau sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah dari kawasan berkenaan walaupun lokasi tempat tinggalnya disahkan selamat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.