saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/12/2008

'Bagai mencurah air ke daun keladi'

''TULISLAH!…" Seorang rakan - mangsa - yang geram dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa meminta saya membuat komentari dan mempersoalkan mengapa pihak berkuasa meluluskan pembangunan pesat di kawasan terbabit. ''Tulislah, kritik mereka cukup-cukup." Beliau yang juga seorang diplomat, tinggal di sebuah pangsapuri mewah kira-kira 500 meter dari kawasan banglo yang runtuh.

''Masa saya beli pada 1999 dulu, saya tak sangka Bukit Antarabangsa akan jadi macam ini. Pembangunan terlalu pesat, macam tiada siapa peduli. Saya berkhidmat di luar negara dan apabila pulang, kondo tumbuh, saya bertukar lagi dan balik, banglo-banglo pula tumbuh… inilah akibatnya," kata beliau dua hari selepas kejadian. Sekarang dia sekeluarga terpaksa menumpang rumah iparnya di Shah Alam serta meminjam kereta untuk bergerak.

Untuk tidak menghampakan 'orang yang tengah tertekan' itu saya berkata kepadanya ''baiklah..."

Sebenarnya, terus terang saya katakan usaha media selama ini hanyalah seperti 'mencurah air ke daun keladi.' Pihak-pihak yang diperkatakan oleh pihak media, hanya terkejut sekejap sahaja. Selepas isu menjadi reda dan sejuk, perlahan-lahan bulldozer akan mengambil alih semula tempatnya. Bukit ditarah kembali bagi memberi laluan kepada pembangunan yang 'tertangguh sebentar' semasa isu sedang panas.

Pihak berkuasa memberi alasan (seperti petikan di muka satu NST semalam), The State cannot rescind the development orders given to these developers as here are legal implications involved - Tan Sri Khalid Ibrahim (Kerajaan negeri tidak boleh membatalkan kontrak pembangunan yang telah diberikan kepada pihak pemaju kerana ia membabitkan implikasi undang-undang).

Semasa isu Bukit Cerakah yang pernah saya dedahkan pada 2005 tengah panas, kawasan-kawasan sensitif yang menyebabkan Taman Pertanian Bukit Cerakah menerima kesan langsung telah dihentikan.

Semasa isu itu ditulis sebanyak 3,000 ekar tanah di kawasan utara taman pertanian itu, dikenali sebagai Seksyen U10, Shah Alam telah diagih-agihkan kepada lebih 30 pemaju. Antara yang diberikan itu termasuklah bukit-bukit tinggi dan kawasan tadahan air.

Bagaimanapun, baru-baru ini penulis mendapat tahu, semua projek yang tertangguh itu hanya menunggu masa untuk dimulakan semula atas alasan 'seperti petikan Khalid di atas'.

Hairan sungguh kita. Kerajaan negeri takut dengan 'implikasi undang-undang'? Kerajaan negeri takut dengan pemaju. Kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana pemilikan tanah telah diberikan kepada pihak swasta. Kerajaan tiada kuasa menghalang kerana premium tanah itu telah dibayar oleh pihak pemaju. Dan pelbagai alasan lain untuk menghalalkan projek itu.

Tidak terfikirkah kerajaan negeri, di manakah letaknya implikasi awam dan tanggungjawab sosial? Apakah implikasi undang-undang pihak pemaju melebihi implikasi orang ramai? Akhir sekali, siapakah yang memilih kerajaan yang ada, jika bukan orang awam?

Dan setiap kali juga berlaku musibah seperti di Bukit Antarabangsa, Highland Towers dan pelbagai lagi tragedi, kedengaranlah pelbagai komentar yang memberi pelbagai nasihat. Selaku pemberita kita akan tetap menulis untuk disiarkan untuk bacaan orang ramai. Persoalannya ialah apakah pembaca boleh menerimanya? Apakah pembaca ini ialah dari jenis orang yang hanya akan menerima dan menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan itu?

Lazimnya, pembaca sekarang telah matang. Mereka tidak mahu lagi mendengar kenyataan politikal yang retorik. Mereka mahu supaya pelaksanaannya dijalankan. Mereka mahu hasil, bukan cakap kosong.

Apakah Kerajaan Negeri Selangor, mahupun kerajaan-kerajaan negeri lain masih takut dengan pemaju? Tiadakah cara lain untuk mereka membatalkan sahaja kontrak yang telah dimeterai, demi kepentingan awam?

Sudah sampai masanya kepentingan awam - orang ramai mengatasi kuasa swasta. Jika penduduk Medan Damansara, umpamanya meraung siang malam merayu projek perumahan banglo tidak dibina 'di atas bumbung rumah mereka', apa salahnya DBKL mendengar rayuan itu.

Mereka mempunyai alasan untuk meraung, kata Randhir Singh, aktivis dan penduduk Medan Damansara yang menentang projek itu. Tidak masuk akal sesiapa pun yang melihat projek pembangunan itu dimajukan. Tapi, mengapa DBKL tetap mahu meneruskan juga?

Seorang rakan menelefon saya memberitahu: ''Atas bukit ka, bawah bukit ka, tepi bukit ka, celah bukit ka… semua boleh. Itulah kuasa wang." Saya tidak mahulah komen banyak mengenai gejala rasuah ini, tapi mungkin betul juga cakapnya.

Namun, apa sekali pun, kita - orang awam ini - merayu kepada pihak berkuasa dengarlah juga rayuan kami. Belajarlah daripada episod demi episod tragedi yang berlaku ini.

Semasa ruangan ini ditulis petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat satu kenyataan.

Beliau mengarahkan semua projek pembangunan di tanah tinggi di seluruh negara dihentikan serta-merta.

Kita berharap kenyataan itu, bukan seperti yang lepas-lepas - hanya bersifat sementara. Ia perlu diwartakan, juga dalam kadar sertamerta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.