saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/12/2008

Catur bantu anak lebih fokus


Collin Madhavan menunjukkan cara bermain catur kepada kanak-kanak di khemah catur.


SECARA luaran ia mungkin tidak lebih sebagai satu lagi jenis sukan tetapi bagi yang pernah mencuba dan mengenali permainan ini lebih melihatnya sebagai satu seni yang menguji kepantasan berfikir.

Malah, kadang kala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana sebagai satu pertahanan diri yang menggunakan keupayaan dan ketajaman minda.

Permainan ini biasanya dimainkan sebagai satu aktiviti riadah, tidak kurang juga yang melakukannya secara serius dengan menyertai pertandingan hingga ke peringkat dunia.

Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Antara yang popular xiangqi di China, shogi di Jepun, janggi di Korea dan makruk di Thailand.

Disebabkan ia lebih kepada permainan menggunakan kekuatan minda dan bukannya tenaga fizikal, catur boleh dimainkan oleh semua golongan daripada kanak-kanak semuda lima tahun hingga datuk yang berusia lebih 80 tahun.

Sementara itu, bagi menggalakkan generasi muda khususnya kanak-kanak mengenali seterusnya meminati catur, satu khemah catur telah diadakan di Pandan Lake Club, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dianjurkan oleh guru catur terkenal, Collin Madhavan, khemah seperti ini telah diadakan sejak tiga tahun lalu di beberapa tempat seperti Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Puchong.

Kata Collin, yang berpengalaman selama 30 tahun bermain catur, kini seramai 77 orang peminat catur berumur antara lima hingga 19 tahun mengikuti khemah catur yang dianjurkannya.

Menurut beliau, sejak beberapa tahun mengajar catur kepada kanak-kanak dan remaja, didapati daya ingatan mereka bertambah baik, mereka lebih fokus, menguruskan sesuatu perkara dengan lebih baik dan pandai berdikari.

“Permainan catur mengajar seseorang itu supaya lebih berkeyakinan dan berdikari. Ini kerana jika anda boleh menyelesaikan masalah di atas papan catur, maka anda akan berfikir bagi menyelesaikan masalah anda sendiri,’’ kata Collin.

Tambahnya, mereka yang bermain catur perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jika mereka melanggar peraturan, mereka akan didenda.

Mereka yang berminat dengan permainan ini seakan-akan mempunyai papan catur di dalam otak yang membuatkan mereka sentiasa berfikir.

Ini kerana, katanya, papan catur mempunyai 64 petak dan setiap satu mempunyai masalah untuk dihuraikan.

“Adalah bagus untuk mengajar kanak-kanak dari usia muda bagi menyukai permainan catur kerana mereka akan menjadi lebih fokus pada sesuatu seperti pelajaran dan sebagainya, sentiasa tenang dan tidak tergopoh-gapah,” katanya.

Collin berkata, beliau menganjurkan dua khemah catur setahun terutama pada cuti sekolah. Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang baru hendak mempelajari permainan tersebut dan mereka yang telah pandai bermain. Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM90.

“Kanak-kanak perempuan lebih digalakkan mempelajari catur kerana mereka kurang berkeyakinan.

“Biasanya, setelah mengikuti beberapa sesi mereka sudah boleh menguasai pergerakan catur malah sesetengahnya mampu bertanding dengan lelaki,’’ ujarnya.

Collin dibantu oleh lima jurulatih berkemahiran termasuk Johan Catur Malaysia 1988, Mohd. Kamal Abdullah, selain Seto dan S. Balan yang merupakan jurulatih profesional, Jimmy Liew, pemenang Malaysia di peringkat antarabangsa dan Doris Wong yang menjadi instruktor catur.

Collin sendiri adalah guru catur gelaran yang diperoleh daripada Badan Catur Dunia dan pernah bermain catur secara berpasukan daripada tahun 1989 hingga 1994 mewakili Malaysia dalam Asian Games dan Asian Cities.

Beliau juga pernah bermain dengan 88 orang pemain serentak yang dinamakan simultaneously chess match di Seremban pada Mei lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.