saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/12/2008

Bersedekah kepada insan ditimpa bencana

KEJADIAN malang yang menimpa penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, Selangor begitu tragis sekali. Seluruh negara memberi tumpuan kepada kejadian tersebut termasuk proses menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Banyak kejadian yang menggemparkan seperti tanah runtuh, kemalangan ngeri, kebakaran, kematian mengejut, banjir, ribut dan sebagainya menimpa manusia.

Lazimnya, masyarakat kita yang prihatin akan segera menghulurkan bantuan dan pertolongan sama ada berbentuk wang ringgit, pakaian, makanan dan sebagainya menggambarkan bahawa kita begitu mudah diresapi rasa kemanusiaan apabila melihat insan lain terhimpit setelah ditimpa musibah yang tidak pernah disangka-sangka itu.

Ajaran Islam sendiri membawa kepada prinsip berbaik-baik sesama manusia. Al-Quran dan sunah banyak menggariskan amalan-amalan yang boleh mendorong manusia berbuat baik sesama manusia.

Tujuannya adalah untuk melahirkan individu insan yang sejahtera, keluarga yang bahagia, masyarakat yang penyayang, negara yang aman dan bersatu padu.

Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari telah bersabda yang bermaksud: "Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah.

"Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang merbahaya di jalanan adalah sedekah."

Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal sebenarnya adalah sedekah.

Amalan sedekah juga adalah satu lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud 'benar'.

Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

Keberkatan yang lahir dari sedekah itu terlalu banyak. Namun apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang yang bersifat murah hati apabila dia telah melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:

• Keberkatan hidup.

• Keberkatan ketika di penghujung kehidupan.

• Ketika berada di alam barzakh.

• Ketika di alam akhirat.

• Menjadi benteng daripada api neraka.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis baginda yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Nawawi, baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memulakan satu amalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukan kebaikan itu selepas ia mati tidak dikurangkan walaupun sedikit.

"Dan sesiapa yang memulakan satu amalan buruk dan keji yang melakukan amalan itu selepas dari kematiannya, maka tidak sedikit pun dosa amalan itu dikurangkan."

Melalui hadis ini, Nabi SAW begitu menggalakkan umatnya agar berlumba-lumba menjadi penaja kepada sesuatu amalan yang baik dan bermanfaat kerana ganjaran pahala yang menanti amatlah besar. Baginda meminta umatnya menjauhi diri daripada melakukan apa jua kejahatan dan maksiat kerana ia akan membawa kedurjanaan hidup yang berpanjangan.

Rasulullah SAW turut berbicara berkaitan konsep sedekah ini melalui hadis yang diriwayatakan oleh Abu Dzar, yang menceritakan tentang beberapa orang sahabat berkata kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, orang kaya mendapat banyak pahala. Mereka solat seperti mana kami bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Tetapi mereka bersedekah dengan harta mereka yang lebih."

Rasulullah SAW pun bersabda: "Tidakkah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya setiap satu tasbih adalah sedekah, setiap satu takbir adalah sedekah, setiap satu tahmid adalah sedekah, setiap satu tahlil adalah sedekah, setiap suruhan makruf adalah sedekah, setiap tegahan dari kemungkaran adalah sedekah, jima' seorang dari kamu adalah sedekah."

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi syahwatnya, dia diberikan pahala?"

Jawab Rasulullah, "Hendaklah kamu ingat bahawa jika dia melepaskannya pada yang haram, tidakkah dia akan berdosa? Maka demikianlah, jika dia melepaskan syahwatnya pada yang halal nescaya dia akan mendapat pahala."

Daripada kedua-dua hadis itu, maka dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran dan sunah sentiasa menggalakkan umatnya agar sentiasa menghidupkan konsep setiap yang makruf adalah sedekah bagi memastikan ia akan sentiasa bernafas dalam kehidupan kita seharian.

Kedua, dari segi perolehan pahala berganda, Islam tidak pernah melihat kepada taraf kedudukan atau dari aspek kaya dan miskin seseorang itu, kerana setiap insan mukmin sentiasa mempunyai peluang untuk memperolehinya.

Galakan berbuat kebaikan tidak akan memberatkan manusia, kerana Islam sendiri menjanjikan bahawa apa saja bentuk kebaikan yang dilakukan akan memperoleh pahala yang jelas daripada Allah SWT.

Sesungguhnya konsep bersedekah merupakan suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi Muslim sejati yang mempunyai keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.