saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/12/2008

Tragedi Cinta Acik dan Nana


MESRA… Achik dan Nana berduet lagi dalam lagu Tragedi Cinta.


AChIK dan Nana merupakan penyanyi yang sering kali digandingkan sebagai pasangan duet sama ada menerusi album atau ketika mengadakan persembahan pentas.

Malah, lagu-lagu nyanyian mereka seperti Paling Comel, Benang Emas dan Memori Berkasih mendapat perhatian para peminat seni suara tanah air terutama golongan remaja.

Sebelum ini, ramai peminat yang mengetahui bahawa Achik dan Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana pernah dikatakan sebagai pasangan bercinta oleh para peminat mereka.

Namun, kisah percintaan mereka itu diibaratkan seperti tidak kesampaian setelah kedua-duanya mencari haluan dan mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing.

Apa yang pasti, keserasian pasangan ini cukup disenangi oleh para peminat mereka sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, sejak berpadu suara dalam album yang menampilkan single berjudul Benang Emas dua tahun lalu, mereka tidak lagi merakamkan mana-mana lagu duet mahupun solo.

Ketika ditemui baru-baru ini, menurut Achik dan Nana ramai peminat yang meminta supaya mereka kembali aktif bagi mewarnai persada seni dengan lagu-lagu duet terbaru mereka.

Bagi memenuhi kehendak para peminat, pasangan penyanyi itu kini baru muncul dengan lagu duet terbaru mereka yang berjudul Tragedi Cinta.

Lagu itu merupakan ciptaan komposer tidak asing lagi iaitu Eddie Hamid yang dimuatkan dalam album kompilasi terbaik komposer itu, Rindu… nya.

Berkonsepkan pop komersial, kata Achik lagu tersebut disifatkan oleh ramai peminatnya cukup menarik kerana ia mempunyai cerita tentang kisah percintaannya dan Nana.

“Kalau diamati lirik lagu tersebut, ramai peminat yang beranggapan ia ada hubungkait dengan kisah cinta saya dan Nana yang kononnya tidak kesampaian.

“Sebenarnya, lirik tersebut bukanlah kisah kami tetapi sebaliknya ia adalah kisah yang ada kena mengena dengan Eddie Hamid,” kata Achik.

Bagi Nana pula yang kembali bergandingan setelah dua tahun menyepi tanpa sebarang produk terbaru, lagu itu diharap dapat mengubat rindu para peminatnya.

Katanya, pembikinan lagu tersebut tertangguh selama setahun ekoran komitmennya yang terbatas kerana berpantang selepas melahirkan anak sulungnya.

“Sudah masuk tahun ketiga Nana tidak tampil dengan mana-mana album solo. Lagu duet ini pun dirakamkan selepas dua tahun kami tidak merakamkan lagu bersama-sama.

“Masih ramai yang mahu Nana berduet bersama Achik. Insya-Allah, mungkin selepas ini Nana akan tampil dengan lagu-lagu solo pula,” kata Nana.

Selesa berduet, baik Nana mahupun Achik menyatakan keseronokan apabila dapat kembali bekerjasama seperti dahulu.

Achik bakal usahawan?

Ketika ditanya perihal kumpulan Spin, kata Achik dia dan anggota-anggota kumpulan itu masih lagi sabar menanti peluang untuk merakamkan album terbaru mereka.

Cerita Achik, dia dan anggota-anggota kumpulan Spin yang lain berada dalam dilema menanti kemunculan album baru sementelah tempoh kontrak mereka sudah semakin singkat untuk ditamatkan.

“Hendak keluar album baru sekarang pun susah juga sebab keadaan industri hiburan tidak berapa menggalakkan. Jadi, bergantung juga kepada permintaan para peminat.

“Empat tahun tiada album terbaru tidaklah rasa begitu terikat sebab sepanjang tempoh itu Spin masih lagi menerima pelbagai undangan nyanyian.

“Macam Achik sendiri, kontrak dengan FMC sebenarnya sudah habis pada bulan Mei lalu, jadi saya kena tunggu ‘album bonus’ dari FMC selepas ini,” jelasnya.

Dalam sibuk menanti kelahiran album terbaru kumpulannya, Achik kini sedang sibuk menguruskan perniagaan dan menanti kelulusan produk kesihatan yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

“Ubat tersebut dinamakan Burak dan ia boleh digunakan untuk membantu merawat lebih 100 jenis penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi, tenaga dalaman, kanser dan sebagainya.

“Sekarang ini, saya sedang mengumpul seberapa banyak testimoni daripada para pengguna. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, tahun depan produk tersebut akan dipasarkan kepada umum,” katanya.

Nana seronok jaga anak

Sementara itu, menyingkap kehidupan Nana setelah bergelar ibu, sambil tersenyum manis dia menyatakan banyak pengorbanan yang harus diberikan sejak bergelar ibu.

“Kalau nak bercerita daripada segi perasaan, memanglah Nana tidak dapat hendak gambarkan bagaimana gembiranya jadi seorang ibu. Cuma kita perlulah berkorban masa sedikit.

“Mungkin dahulu masa tidur tidak terganggu, tetapi sekarang ini kenalah berkorban masa tidur demi anak.

“Kalau hendak keluar ke mana-mana pun sekarang ini kenalah fikir panjang sebab risau juga nak tinggalkan anak lama-lama di rumah,” kata ibu kepada bayi berusia 9 bulan, Muhammad Rayyan Nakhaie itu.

Menurut Nana, biarpun dia kini tidak aktif atau muncul dalam pelbagai program-program televisyen, namun dia masih menerima pelbagai undangan menyanyi di sekitar ibu kota.

“Memang Nana rasa seronok kerana dapat menyanyi semula. Walaupun sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak, sambutan daripada peminat tetap sama dan rasa seperti dulu-dulu juga.

“Ingatkan apabila sudah bertukar status orang sudah tak minat lagi tetapi nampaknya sampai sekarang impak bait-bait lirik ‘bola-bola api’ dalam lagu Paling Comel masih terasa,” kata Nana lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.