saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 12/12/2008

Pemaju perumahan perlu pastikan kualiti bangunan

TAWAU 11 Dis. - Pemaju perumahan di negeri ini diminta memastikan supaya pembinaan projek-projek perumahan untuk rakyat menepati kualiti bangunan yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Pelaksanaan Projek, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Shamsul Baharain Sulaiman berkata, mereka juga perlu mengutamakan keselesaan pembeli dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

"Sebagai pemaju perumahan perlulah mengamalkan sikap telus dan profesional semasa menguruskan projek perumahan masing-masing dan bukan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.

"Amalan telus dan profesional seperti ini boleh meningkatkan imej dan kredibiliti pemaju di negeri ini," katanya selepas melawat projek perumahan rumah mampu milik Taman Sri Apas, Batu 12, Jalan Apas, Tawau, di sini semalam.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengurus Besar Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB), Jenar Lamdah, pemaju perumahan Datuk Lim Kim Heng serta pegawai-pegawai SPNB cawangan Sabah.

Projek perumahan itu dikendalikan oleh Supenesa Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat LPPB dan bagi projek tersebut sebanyak 856 unit rumah mampu milik akan dibina.

Menurut Shamsul Baharain, pemaju hendaklah memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan negeri mencapai matlamat sebuah rumah bagi setiap keluarga.

"Pelbagai usaha diambil bagi membolehkan setiap keluarga memiliki rumah sendiri termasuk menawarkan harga belian rumah yang rendah, sesuai dengan pendapatan masing-masing.

"Usaha ini bagi memastikan semua rakyat sama-sama menikmati kesejahteraan hidup yang sempurna, hasil pembangunan ekonomi negeri yang pesat berlaku pada hari ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemaju juga perlu menyediakan lebih banyak rumah kediaman yang bangunannya berkualiti serta ketepatan masa menyiapkan kerja-kerja pembinaan perlu diutamakan oleh pemaju-pemaju perumahan.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan perjalanan pembinaan perumahan di tapak projek perumahan Taman Sri Apas yang berjalan dengan lancar.

Jelasnya, matlamat SPNB adalah dengan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sementara itu, Pengurus Besar LPPB, Jenar Lamdah mengucapkan tahniah kepada SPNB di atas komitmen untuk membina rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah di Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.