saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/12/2008

Spa Q 2 semakin menarik


SITI Nurhaliza (belakang enam dari kiri) bersama para pelakon dan tenaga produksi Spa Q 2 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


DRAMA bersiri Spa Q yang pernah disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia, Oktober tahun lalu nyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penonton.

Menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, drama bersiri 60 episod itu berjaya mencipta fenomena dengan meraih jumlah penonton melebihi 2 juta orang ketika ia disiarkan.

Impak yang sangat mendalam ini cukup membanggakan sehingga akhirnya mencetuskan idea untuk melanjutkan kesinambungannya menerusi Spa Q 2.

Menjanjikan sesuatu yang baru, lebih hebat dan penuh dengan konflik, ia bakal ditayangkan bermula Isnin ini melalui slot yang sama bagi menggantikan drama Sutera Maya.

Berbeza dengan Spa Q yang diarah oleh Zulkiflee R. Shad, Spa Q 2 terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini mendapat sentuhan daripada pengarah berpengalaman iaitu Feroz Khan dan Hanafiah Sharif sambil dibantu Redza Fahmy.

Selain Norish Karman, antara pelakon asal Spa Q yang kembali membintangi Spa Q 2 adalah Azizah Mahzan, Farahdhiya, Ifa Raziah dan Liza Abdullah.

Bagi menambahkan lagi konflik, watak-watak baru diperkenalkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Jasmin Hamid, Zizie Ezette dan Fouziah Gous.

Menariknya, musim baru itu buat pertama kalinya menampilkan Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, sebuah lagu khas nyanyian penyanyi nombor satu negara itu yang berjudul Pada Cintanya telah digubah sebagai lagu tema drama bersiri berkenaan.

Menerusi Spa Q 2, Qistina (lakonan Norish) hidup kesunyian selepas kematian Rizman, manakala ketiadaan anaknya, Dafi yang menyambung pelajaran di Australia membuatkannya hilang teman berbual.

Hubungannya dengan Melisa, anak perempuannya, semakin renggang dan Melisa juga sudah mula terlibat dengan dadah.

Di sebalik kekalutan dalam keluarga, Qistina ditekan dari luar apabila musuh-musuh perniagaannya mula bersatu dan merancang untuk menjatuhkan Spa Q.

Apa yang amat mengecewakan Qistina, musuh-musuhnya itu dahulunya adalah kakitangan Spa Q yang juga anak didik beliau sendiri.

Kehadiran Datin Sofira lakonan Jasmin Hamid pula menambah keperitan hidup Qistina kerana tidak menyangka wanita yang dikaguminya itu ada menyimpan dendam terhadapnya.

Menurut Redza, menghasilkan Spa Q 2 adalah mencabar kerana ia perlu mengikut rentak Spa Q sebelum ini.

“Memperoleh jutaan penonton, itu adalah cabaran bagi Spa Q 2 untuk mengekalkan yang terbaik.

“Selain itu, cabaran adalah menerusi barisan pelakonnya yang bukan calang-calang namanya. Nama-nama besar ini walaupun kebanyakannya hanya muncul untuk beberapa ketika sahaja, ia sebenarnya cukup memberikan `tenaga’ kepada keseluruhan Spa Q 2,’’ katanya ketika majlis pelancaran Spa Q 2 di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, menerusi Spa Q 2, jalan ceritanya lebih kepada konflik dan isu. Kita akan dapat lihat bagaimana sesuatu konflik itu timbul satu persatu sebelum konflik terdahulu dapat diselesaikan.

“Lebih banyak dendam, ia masih fokus kepada perihal wanita dan tidak kurang memperlihatkan sikap sebenar seorang lelaki,’’ ujarnya.

Sementara itu, Norish yang ditemui Hits berkata, di balik tabir dendam dan konflik, Spa Q 2 tidak ketinggalan menyampaikan mesej sosial kepada para penonton.

“Banyak yang boleh kita pelajari terutamanya membabitkan pengambilan anak angkat, rakan kongsi perniagaan dan hubungan sesama manusia.

“Walaupun dihentam dan diserang oleh pelbagai pihak, kita boleh lihat bagaimana Qistina melawan segala badai yang melanda dirinya.

“Apakah dia mampu bertahan atau tidak, itu kena tonton Spa Q 2,’’ tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.