saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/12/2008

Demonstrasi bantah tarian jalanan

BUKIT MERTAJAM 12 Dis. - Lebih 200 anggota Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengadakan demonstrasi membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan, I-Dance, yang didakwa membawa kesan negatif kepada golongan muda.

Demonstrasi selama hampir setengah jam itu bermula kira-kira pukul 2 petang sejurus selepas solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Permatang Janggus di sini.

Dengan membawa pelbagai sepanduk, para peserta secara lantang mengkritik kepimpinan kerajaan negeri yang menyokong penganjuran pertandingan itu walaupun ia mendapat bantahan banyak pihak.

Pada sepanduk berkenaan tertera protes seperti Hormati Dasar Islam, Jangan Memperolokkan Islam, I-Dance Rosakkan Muda Mudi dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar - Henti Memperolokkan Pemimpin Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, pihaknya mendesak kerajaan negeri supaya menimbang semula penganjuran pertandingan tersebut yang didakwa boleh merosakkan sahsiah golongan muda.

Bantahan itu, katanya, adalah sejajar dengan semangat dan slogan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng iaitu Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

"Kami berpendapat penganjuran aktiviti I-Dance yang didakwa bertujuan menggalakkan aktiviti riadah sihat dan membina belia contoh serta mengisi lapang adalah tindakan yang tidak tepat.

"Kami percaya masih banyak pilihan untuk menganjurkan program yang lebih bermanfaat untuk golongan muda," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Difahamkan, acara yang dianjurkan oleh Danzity Productions itu disokong oleh kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukannya dan bertujuan mempromosi gaya hidup sihat untuk mengisi masa lapang golongan remaja.

Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan pada 20 Disember ini di New World Park manakala pusingan akhir pada 27 Disember di Queensbay Mall.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.