JOHOR
ARKIB : 14/12/2008
Bangunan CIQ mula beroperasi Selasa
JOHOR BAHRU 13 Dis. - Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan perkhidmatan Jabatan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) akan memulakan operasi sepenuhnya bermula pukul 12.01 tengah malam Selasa ini dengan semua proses dokumentasi bagi urusan keluar masuk antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat di bangunan tersebut.
Sehubungan itu, laluan Kaunter Imigresen sedia ada di Jalan Tun Razak akan ditutup pada pukul 11.45 malam pada Isnin ini sebelumnya dan semua kenderaan perlu menghala ke Bangunan Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob berkata, bermula pukul 12.01 malam itu, semua kenderaan meliputi bas, van, kereta dan motosikal perlu menggunakan laluan keluar dan masuk antara Singapura dan Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar.
"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan Jalan Tun Razak untuk masuk ke Singapura mulai 11.45 malam hari Isnin dan sebaliknya mengunakan Jalan Lingkaran Dalam untuk melalui Bangunan Sultan Iskandar.
'Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi panduan anggota trafik yang akan bertugas pada malam itu untuk melicinkan pergerakan kenderaan dari kawasan bandar raya Johor Bahru ke Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan T. Raveendran.
Zainuddin berkata, dengan penutupan laluan di Jalan Tun Razak itu, pihaknya akan mengalihkan kenderaan dari pusat bandar raya yang ingin menuju ke Bangunan Sultan Iskandar melalui Jalan Saw Mill di belakang Balai Polis Sentral bagi melalui Jalan Pantai Lido atau Jalan Wong Ah Fook menuju ke Jalan Lingkaran Dalam.
"Selain itu, mulai pukul 12.01 tengah malam Selasa ini juga, kesemua lori akan mula menggunakan laluan Tanjung Puteri untuk keluar masuk dari Malaysia ke Singapura dan sebaliknya.
Berbasikal jelajah kampung
RM860,000 naik taraf Tanjung Ketapang
20 peratus warga emas berisiko hidap penyakit kronik
Ibadah korban eratkan ukhuwah
Bantu golongan berpendapatan rendah
500 pekerja asing berhutang RM200,000
Periksa papan iklan jejantas, bangunan
Perhebatkan golongan usahawan
Premis hiburan tanpa lesen di Plaza Kota Tinggi diserbu
Dataran Penggaram bakal dinaik taraf
Sungai Jeram 'terima' 3,000 anak ikan siakap
Pusat Persuratan Melayu Nusantara
Bajet 2015: Beri faedah besar kepada rakyat
Amalan kebersihan bermula di rumah
IPD Kulaijaya tubuh Unit Kereta Peronda Wanita
Waspada ancaman Islam liberal
Tarif air naik sedarkan pengguna supaya berjimat
Empat strategi perangi denggi
Bank Rakyat sumbang van jenazah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












