saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/12/2008

BN perlu menang


Ahmad Said mengangkat replika cek bayaran royalti minyak RM408.6 juta sambil diperhatikan oleh Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), Mohd. Ali Rustam (kanan) dan Muhammad Muhd. Taib (kiri) di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Barisan Nasional (BN) perlu mencatatkan kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini bagi membuktikan ia adalah sebuah parti yang masih diterima oleh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan dalam pilihan raya kecil itu nanti merupakan titik permulaan kebangkitan UMNO dan BN selepas kekalahan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tahun lepas.

"Kita tak boleh dan tak mampu kalah dalam pilihan raya kecil ini kerana kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu adalah penting bagi masa depan kita.

"Ini kerana ia akan menjadi isyarat jelas kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia tetap memilih BN sebagai parti pilihan utama mereka," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutup Pemukiman UMNO Terengganu dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz; Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Untuk mencapai kemenangan itu, Najib meminta semua ahli UMNO dan BN supaya merapatkan barisan dan bersatu hati tanpa mengira siapa calon yang akan dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

"Saya mahu semua pihak di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan bekerjasama dan bersatu padu dalam memastikan kejayaan ini.

"Ia perlu bermula daripada peringkat pemimpin kerana jika di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan molek," ujarnya.

Beliau memberitahu, kekalahan yang dialami oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi ahli UMNO sendiri tidak menyokong parti.

"Ahli-ahli UMNO sendiri sanggup mengkhianati dan bermuka-muka dengan kita. Mereka tidak sokong parti berikutan pemimpin pilihan mereka tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.