saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/12/2008

Pembangkang yakin calon mereka dipilih PM baru Thai


PENYOKONG Thaksin mengikuti rakaman ucapan bekas Perdana Menteri Thailand itu yang disiarkan di sebuah stadium di Bangkok, malam kelmarin.
- AP


BANGKOK 14 Dis. - Parti Demokrat yakin pemimpinnya, Abhisit Vejjajiva (gambar) akan dipilih menjadi Perdana Menteri baru Thailand pada pemilihan di Parlimen esok, sekalipun bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra cuba campur tangan dalam politik negara ini pada saat-saat akhir.

Sementara itu, keadaan di negara ini terus tegang menjelang pengundian di Parlimen, esok.

Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 menggunakan pengaruhnya melalui ucapannya dari luar negara malam tadi dengan menuduh tentera cuba mencampuri urusan politik Thailand.

Tuduhan itu, yang disangkal oleh angkatan bersenjata Thailand, dibuat semasa Thaksin berucap kepada penyokongnya menerusi rakaman video yang diiikuti oleh berpuluh-puluh ribu penyokongnya yang berkumpul di sebuah stadium di bandar raya ini, malam tadi.

Parlimen esok akan memilih Perdana Menteri ketiga Thailand dalam tempoh empat bulan, dengan Abhisit di ambang mengambil alih jawatan tersebut selepas kerajaan pro-Thaksin tumbang dan ramai ahli Parlimen berpaling tadah daripada perikatan pemerintah.

Parti Demokrat dan sekutu-sekutu Thaksin dalam parti baru mereka, Puea Thai kini terlibat dalam kegiatan lobi-melobi pada saat akhir untuk menarik sokongan segelintir ahli Parlimen yang belum membuat keputusan.

"Kata-kata Thaksin menyebabkan ahli Parlimen berasa tidak selesa.

"Ini bukan soal mengkhianat tetapi melibatkan keputusan untuk negara," kata Setiausaha Agung Parti Demokrat, Suthep Tuagsuban.

Beliau melahirkan keyakinan Abhisit akan menerima lebih daripada separuh undi ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Thaksin dalam ucapannya juga berkata, sengketa politik Thai tidak akan berkesudahan selagi jeneral tentera terus campur tangan dalam politik Thailand.

"Buat masa ini tentera mencampuri urusan politik.

"Golongan yang campur tangan dalam proses pembentukan kerajaan mesti berhenti dan berundur," katanya.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.