saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/12/2008

Wan Nor Azlin mencari sinar baru


ENGGAN bercerai, Wan Nor Azlin mahu rumah tangganya dapat kembali seperti dahulu.


SOAL malu, saya tolak ke tepi. Bagi saya, sampai bila hendak malu.'' Begitu bicara pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain tatkala ditanya mengenai 'keberaniannya' muncul di khalayak ramai selepas sekian lama menyembunyikan diri lantaran 'episod hitam' yang dilaluinya sebelum ini.

Ditemui pada majlis pelancaran produk Herbavescent di Bandar Utama, Petaling Jaya, minggu lalu, Wan Nor Azlin memberitahu dirinya perlu keluar mencari rezeki biarpun menghadapi kesukaran gara-gara kisah lampaunya itu.

Jelas pelakon yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 ini, walau sukar, semuanya perlu dilalui dengan tabah demi kelangsungan hidup bersama anak-anaknya.

Sementelah, dirinya bagai terumbang-ambing kerana ditinggalkan suami tercinta yang menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

"Memang saya bergantung sepenuhnya kepada lakonan. Kalau tidak, bagaimana hendak hidup?

"Soal kisah lama, saya tidak mahu ungkit lagi. Saya tidak mahu toleh ke belakang lagi.

"Kesempatan ini, saya mengharapkan agar semua pihak memberi ruang dan peluang untuk saya bina hidup baru,'' katanya.

Ujar Wan Nor Azlin, selepas penderitaannya berhadapan dengan ugutan ah long dan ditinggalkan suami didedahkan media massa, dia bersyukur kerana ramai rakan-rakan artis seangkatannya hadir membantu meringankan bebannya.

"Sheila Rusly dan beberapa lagi pengarah drama menawarkan saya berlakon. Walaupun bukan watak utama, tetapi dapatlah saya menampung perbelanjaan keluarga.

"Rezeki saya pasti ada dan saya perlu bersabar menghadapi segalanya.

"Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu saya,'' jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan pelbagai pihak termasuk pelakon terhadapnya, Wan Nor Azlin menjelaskan dirinya tidak pernah dipinggirkan.

"Alhamdulillah, mereka bagi sokongan. Tidak ada pula yang ketepikan saya,'' katanya.

Bagaimanapun, di sebalik kemunculannya semula di persada seni tanah air, pelakon berusia 39 tahun ini menyimpan rasa kesal dan kecewa kerana ada pihak yang masih menyekat peluangnya berlakon.

Menceritakan mengenai hal itu, Wan Nor Azlin berkata, dia telah ditawarkan untuk melakonkan watak utama bagi sebuah drama bersiri.

Namun katanya, apabila namanya dihantar ke sebuah stesen televisyen untuk kelulusan, ia ditolak secara mentah-mentah tanpa alasan.

"Saya pun tidak tahu apa puncanya. Kalau hendak menyenaraihitamkan nama saya pun, sampai bila?

"Kenapa masih hendak ingat perkara-perkara lalu tentang saya? Saya harap janganlah ada sekatan seperti itu,'' ujarnya penuh sayu.

Soal anak-anak dan suami

Sementara itu, tatkala diajak berbicara tentang anak-anak dan perihal suami, Wan Nor Azlin menjelaskan anak-anaknya kini berada di bawah penjagaan bapanya.

"Kalau saya tidak sibuk, mereka akan saya jaga. Saya pun tidak mahu menyusahkan keluarga. Sepatutnya ia menjadi tugas saya bersama suami.

"Mana dia (suami)? Saya tidak mahu menuntut cerai. Itu bukannya jalan penyelesaian. Saya cuma minta dia kembali dan melunaskan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

"Kesilapan lalu, saya tidak ambil kisah. Apa yang penting, dia kembali semula kepada saya dan anak-anak. Sudah tentu saya masih sayangkannya kerana dia suami saya,'' katanya.

Menurutnya, dia sayangkan anak-anak kerana mereka masih memerlukan kasih sayang seorang bapa.

"Kalau balik berkumpul dengan adik-beradik, saya lihat anak-anak cukup rapat dengan pak cik-pak cik mereka.

"Ini menunjukkan anak-anak saya memerlukan kasih sayang daripada orang yang dipanggil bapa,'' rayunya lagi.

Wan Nor Azlin dan Stars2u

Dalam pada itu, pada majlis pelancaran produk Herbavescent, turut diadakan adalah upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Stars2u Sdn. Bhd dan Uptrend Network Sdn. Bhd.

Memorandum tersebut sebagai rangkaian kerjasama antara barisan artis yang bernaung di bawah Stars2u dalam perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) Uptrend.

Wan Nor Azlin merupakan salah seorang artis yang turut sama menyertai Stars2u selain Awie, Fauziah Latif, M. Nasir, Ramli Sarip, Nash, Bob Lokman dan Afdlin Shauki.

"Apa jua yang mendatangkan duit, saya akan melibatkan diri kerana saya amat memerlukannya buat masa ini.

"Terima kasihlah kepada Pengerusi Stars2u iaitu Datuk Abdul Aziz Bakar yang turut membantu rakan-rakan artis lain,'' katanya.

Tambahnya, menerusi Stars2u, dia dan artis lain akan bergabung dan bergerak secara berkumpulan dalam perniagaan MLM berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.