saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 16/12/2008

Wau, seni dan identiti negara


wau Burung, jenis wau yang popular di negara ini sejak kurun ke-15 lagi.


WAU (juga dipanggil layang-layang di negeri pantai barat Semenanjung) merupakan permainan tradisional yang juga warisan masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Permainan itu yang bermula sekitar kurun ke-15 dimainkan oleh masyarakat Melayu sama ada rakyat biasa mahupun golongan istana untuk memenuhi masa lapang.

Kini, wau dianggap simbol kehalusan seni budaya yang menjadi identiti rakyat negara ini meskipun terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan.

Terdapat ratusan jenis dan bentuk wau dicipta sejak dahulu sehingga kini. Antaranya Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Lenggang Kebayan, Wau Sewah, Wau Barat dan yang paling popular, Wau Bulan.

Negeri Kelantan dan Terengganu pula masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang lebih teliti dan berwarna-warni.

Tiga jenis wau diangkat martabatnya sebagai wau tradisional kebangsaan iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

Wau Bulan mempunyai saiz yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis-jenis wau lain dan berbentuk seperti bulan sabit di bahagian ekor.

Wau Kucing pula berwarna lebih gelap dengan jurai-jurai halus pada ekornya. Pun begitu, ramai menganggap reka bentuk dan warna wau jenis ini kurang menarik, menjadikannya kurang popular.

Sementara reka bentuk Wau Jala Budi diilhamkan daripada daun 'budi' dari negeri Kedah. Ekor wau ini hampir sama dengan bentuk daun berkenaan manakala strukturnya sekan-akan jala.

Apabila dilayangkan, ia mengeluarkan bunyi degung dan menyerupai Layang-Layang Chulia dari Thailand.

Lain-lain Wau Tradisi Negeri termasuk Wau Merak yang merupakan wau rasmi negeri Johor, Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Cenderawasih (Pahang), Wau Seri Bulan (Perak) dan Wau Helang (Perlis).

Wau Kotak pula merupakan wau rasmi Pulau Pinang selain Wau Kapal (Selangor), Wau Dodo Helang (Terengganu) Wau Seri Negeri (Negeri Sembilan), Wau Kangkang (Kedah) dan Wau Kenyalang (Sarawak).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.