saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/12/2008

Ceroboh tanah Orang Asli: Pengusaha sayur diberi notis

KUANTAN 16 Dis. - Pengusaha ladang sayur yang didakwa menceroboh tanah yang dirizabkan kepada Orang Asli di Kampung Dusun, Chini, Pekan diberi notis supaya meninggalkan kawasan itu dalam tempoh sebulan berkuat kuasa hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, notis itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah Pekan bagi membolehkan sekumpulan peladang sayur yang menjalankan aktiviti di kawasan seluas 16 hektar itu menghentikan operasi mereka.

''Notis telah dikeluarkan tetapi jika mereka masih enggan meninggalkan kawasan itu, kita terpaksa mengambil tindakan lain termasuk menyodok tanah terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan lebih 1,000 penduduk Orang Asli Kampung Dusun, Chini yang mendakwa kehidupan mereka tergugat sejak 11 tahun lalu, apabila tanah seluas 16 hektar milik mereka diceroboh pihak tertentu untuk tujuan komersial.

Pencerobohan sejak 1997 itu bukan saja menjejaskan sumber pendapatan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk terbabit, malah ia sekali gus menafikan pembangunan yang sepatutnya dinikmati mereka.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, pengusaha ladang sayur berkenaan sebenarnya telah diberi sebidang tanah di kawasan berhampiran bagi diusahakan untuk tujuan sama.

Bagaimanapun katanya, pengusaha terbabit masih meneruskan aktiviti di tanah yang sepatutnya dirizabkan kepada Orang Asli kampung itu.

''Saya pun tidak tahu apa puncanya mereka enggan membangunkan tanah yang disediakan untuk projek ladang sayur," katanya.

Tambahnya, pengusaha ladang sayur terbabit tidak akan dikenakan sebarang tindakan sekiranya mereka mematuhi notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.