saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/12/2008

Wan Nor Azlin boleh muncul di RTM

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tiada masalah bagi pelakon, Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain untuk muncul dalam drama yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana stesen televisyen itu tidak pernah menyenaraihitamkan beliau.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, selaras dengan pendirian itu, penerbit tidak perlu ragu mengambil beliau berlakon.

''Saya tidak berapa tahu sejarahnya tetapi saya difahamkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini mungkin telah menimbulkan stigma di kalangan stesen televisyen untuk mengambil beliau berlakon kerana dibimbangi ia boleh menimbulkan masalah lain.

''Dalam pertemuan saya dengan beliau, saya telah katakan bahawa saya tiada masalah dalam hal ini. Bagi saya apa yang berlaku sebelum ini merupakan titik hitam bagi pelakon tersebut dan beliau tidak seharusnya dihukum sehingga ke hari ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Wan Nor Azlin dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sisipan Mega Utusan Malaysia hari ini menyiarkan luahan perasaan Wan Nor Azlin yang kesal kerana terdapat sebuah stesen televisyen yang menyenarai hitam namanya dan melarang penerbit drama mengambilnya untuk melakonkan watak utama.

Ahmad Shabery menjelaskan, pelakon yang disenarai hitam ialah mereka yang disabitkan melakukan kesalahan jenayah oleh mahkamah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.