saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/12/2008

Jumlah anak ramai bukan sesuatu yang menakutkan

SAYA tertarik dengan pandangan Perunding Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP), Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Ariffin mengenai kemungkinan Malaysia berhadapan dengan masalah kekurangan generasi pelapis ekoran budaya pasangan suami isteri di negara ini yang memilih untuk mempunyai satu atau dua orang anak sahaja.

Sebagai rakyat negara ini, kita mungkin menganggap cetusan pandangan seumpama itu tidak begitu penting untuk dibincangkan secara serius. Mungkin kita lebih tertumpu kepada isu-isu mega lain yang tidak henti-henti mewarnai ruang media perdana.

Tetapi apa yang dilontarkan oleh Prof. Jamilah itu mempunyai kesan yang kuat dalam konteks hala tuju program pembangunan negara. Proses dan gerak kerja pembangunan negara memerlukan tenaga yang berkait rapat dengan kekuatan dan angka penduduk. Rakyat terlibat secara langsung dalam semua program pembangunan negara dengan tambahan serta sokongan tenaga-tenaga pakar dari luar.

Menurut kandungan kertas kerja yang dibentangkan Dr. Jamilah sempena bengkel Pembinaan Keupayaan Antarabangsa - Dasar Keluarga Negara, beliau mendedahkan bahawa trend terkini rakyat Malaysia ialah cenderung untuk mempunyai saiz keluarga kecil, sekadar memiliki satu hingga tiga orang anak sahaja.

Kecenderungan terkini itu akan mempengaruhi peratus pembahagian penduduk berdasarkan umur. Jika hal itu berterusan kita bakal memiliki jumlah warga emas yang lebih ramai berbanding orang muda. Ini disebabkan kadar kematian warga tua tidak diganti dengan kadar kelahiran yang ramai.

Menurut Dr. Jamilah, tahap penggantian untuk Malaysia hanya pada tahap 'cukup-cukup' sahaja ketika ini. Berdasarkan trend sekarang kita bakal berhadapan dengan krisis kekurangan tenaga muda yang terbukti sebagai warga tonggak kepada program pembangunan negara.

Walaupun isu ini tidak mungkin menjadi isu yang diminati untuk difikirkan tetapi secara jelas ia mempengaruhi perancangan program pembangunan negara dalam jangka waktu panjang.

Ia perlu dianjak dan diangkat untuk menjadi tema-tema utama dalam seminar atau forum kependudukan yang mungkin akan diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kita perlu memberi penjelasan dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan sumber tenaga manusia dalam gerak kerja pembangunan negara.

Walaupun penggunaan teknologi dianggap boleh menjadi pengganti kepada tenaga manusia tetapi sumber manusia adalah tenaga penyelaras kepada segala kemunculan teknologi terkini.

Faktor kerjaya yang dilihat menjadi beban penghalang kepada pasangan suami isteri untuk berkeluarga besar perlu diatasi dengan pelbagai cara. Jika kita bijak mengatur perancangan kerjaya sehingga berada ditahap selesa, jadi mengapa kita begitu takut untuk menyusun kehidupan berkeluarga dengan bilangan anak yang ramai.

Kejayaan wanita dalam memperjuangkan hak dianggap berjaya dan peranan mereka dalam pelbagai sektor dilihat begitu menyakinkan.

Memang tidak dapat dinafikan pencapaian akademik akan diikuti dengan peluang kerjaya yang baik. Seterusnya kehidupan berkerjaya bagi rakyat Malaysia melambangkan tahap sosio ekonomi yang kukuh.

Jika sepasang suami isteri mempunyai kerjaya yang baik dengan pendapatan yang tinggi, mengapakah mereka tidak yakin untuk mempunyai anak melebihi lima orang.

Kita berharap tahun 2009 akan memberi peluang kepada KPWKM dan LPPKN untuk melihat situasi ini. KPWKM dan LPPKN perlu agresif dalam menangani isu-isu kekeluargaan termasuk melihat budaya kebimbangan masyarakat Malaysia untuk memiliki anak yang ramai.

Pencapaian dan kemajuan negara dalam pelbagai bidang harus dilihat sebagai faktor pendorong kepada rakyat Malaysia untuk memiliki keluarga besar. Kebajikan rakyat adalah keutamaan kerajaan termasuklah tumpuan memperkasakan bidang kesihatan dan pelajaran.

Perkembangan sistem pendidikan dan kesediaan kerajaan menyediakan peruntukan yang besar di bidang kesihatan akan membantu ibubapa membuat perancangan masa depan anak-anak.

Sementara tahap ekonomi keluarga yang kukuh boleh meringankan tugas-tugas penjagaan anak-anak dengan mengambil pembantu rumah atau pengasuh.

Kita bimbang jika peratus golongan tua lebih tinggi berbanding orang muda kerana keadaan ini akan mempengaruhi produktiviti serta sistem kerja.

Keupayaan golongan tua dalam menyumbangkan peranan dalam sistem ekonomi negara amat rendah. Negara memerlukan rakyat yang berumur antara 25 hingga 45 tahun yang ramai kerana pada ketika usia itu keupayaan bekerja amat baik, sempurna dan matang dalam membuat keputusan.

Dari sudut agama, Islam memang menggalakkan umatnya berkeluarga besar kerana langkah itu dapat meramaikan umat.

Malah agama-agama lain juga tidak menampakkan halangan jika penganutnya berhajat untuk memiliki keluarga yang besar.

Jadi, budaya dan corak hidup moden yang diamalkan rakyat kita seperti tidak sempurna dari sudut kehidupan berkeluarga. Mereka tidak mampu mengimbangi tuntutan-tuntutan kehidupan dengan mengabaikan aspek-aspek lain.

Golongan ini melihat kehidupan hanya wujud dan melingkari diri sendiri tanpa mahu merenung sumbangan yang boleh diberikan kepada persekitaran yang lebih luas termasuk hubungannya dengan keperluan negara dalam waktu jangka panjang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.