saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/12/2008

Johor FC dicalon ke Piala AFC

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencalonkan Johor FC sebagai pasukan kedua dari negara ini selain Kedah ke Piala AFC 2009 selepas Negeri Sembilan dan Selangor yang turut dinamakan sebelum ini, menolak tawaran itu atas alasan kewangan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menantikan maklum balas Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) sama ada mereka meluluskan penyertaan kelab selatan Semenanjung itu yang dicalonkan atas status pasukan ketiga terbaik Liga Super 2007-2008.

"Setelah Negeri Sembilan (naib juara Liga Super) dan Selangor (naib juara Piala FA musim lalu) menolak, kami menawarkan slot itu kepada Johor FC sebagai ganti dan mereka menunjukkan minat tetapi kelulusan penyertaannya masih tertakluk kepada budi bicara AFC.

"Sekiranya AFC pula menolak, ada kemungkinan cuma Kedah (juara Liga Super dan Piala FA musim lalu) yang menjadi pasukan tunggal Malaysia ke Piala AFC (persaingan bahagian dua Asia selepas Liga Juara-Juara Asia)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Amin berkata, Gergasi Merah terpaksa menolaknya kerana mahu menumpukan persaingan liga tempatan selain kerana tidak memiliki pemain import untuk dipertaruhkan ke Piala AFC.

"Keputusan ini turut diambil kerana hasrat Exco FAS yang bermesyuarat (kelmarin) untuk mengawal peruntukan kewangan tahunan. Kami juga tidak dapat menerimanya kerana belum bersedia setelah cuma layak bukan atas dasar merit," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.