saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/12/2008

Kabinet lulus tubuh Universiti Malaysia Jepun

PUTRAJAYA 18 Dis. - Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah lagi universiti swasta yang dikenali sebagai Universiti Malaysia Jepun (Maju), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, universiti yang bakal memulakan sesi pengajian pada Julai 2009 itu akan diletakkan di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurutnya, seramai 70 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) akan diambil pada sesi pengajian pertamanya itu.

"Buat permulaan, universiti itu akan menggunakan kampus Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Branang, Selangor sebagai pusat pengajiannya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Penyempurnaan Kerjasama Antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan Ketua Setiausaha MECD, Datuk Musa Muhamad.

Noh memberitahu, penubuhan universiti yang dirancang sejak tahun 2001 itu melibatkan kerjasama kerajaan Jepun.

Sehubungan itu, beliau menambah, kerajaan Jepun melalui syarikat swastanya di negara ini akan menyediakan peralatan pembelajaran, selain membekalkan 15 orang profesor sebagai tenaga pengajar di universiti itu nanti.

''Sistem pendidikannya adalah 100 peratus mengikut sistem teknologi Jepun," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, kementerian juga bercadang untuk menaik taraf German Malaysian Institute (GMI)yang ketika ini hanya menawarkan kursus-kursus diploma, sebagai universiti pada tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.