saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/12/2008

Ikhwan, Anne diketepikan?


BERGANDINGAN untuk segmen malam, Anne dan Ikhwan dilihat serasi bersama.


STESEN radio Hot FM baru-baru ini mencatatkan jumlah pendengar yang memberangsangkan dan semakin dekat untuk menduduki tangga pertama sebagai stesen paling popular di negara ini.

Peningkatan demi peningkatan yang dicatatkan Hot FM membuktikan kejayaan usaha gigih yang dilakukan oleh warga kerja stesen radio berkenaan.

Kekuatan Hot FM juga antara lain disumbangkan oleh para penyampai radionya yang rata-rata amat dikenali ramai seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Tini, Ikhwan dan juga Anne.

Kini, dengan kemasukan Kieran, Hot FM dilihat bertambah kuat dalam usaha mereka untuk bersaing menarik lebih ramai pendengar.

Namun dengan kehadiran Kieran dan Hot FM dilihat lebih mengutamakan Fara Fauzana serta Faizal Ismail dalam aspek promosi, penyampai radio lain seakan-akan dikete-pikan.

Lihat sahaja di mana-mana promosi dan iklan membabitkan Hot FM, wajah Fara serta Faizal sahaja yang diutamakan.

Bagi mendapat pandangan mengenai perkara berkenaan, Hits sempat menemu bual dua penyampai radio Hot FM iaitu Mohd. Khairul Ikhwan Rosli, 25, atau Ikhwan dan Putri Andreanna Syigim Mohd. Razalli, 27, yang lebih mesra dipanggil Anne ketika mereka hadir untuk sesi fotografi di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Enggan dikatakan sebagai dengki atau cemburu dengan 'kelebihan' yang memihak kepada Fara, Faizal serta Kieran, kedua-dua deejay Anne dan Ikhwan sebaliknya melahirkan rasa bangga kerana dapat bekerja bersama insan-insan berpengalaman tersebut.

Sifat kekeluargaan yang diterapkan dalam Hot FM juga membuatkan Ikhwan dan Anne merasakan mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Saya adik dalam keluarga Hot FM - Ikhwan

Sebagai penyampai radio paling muda di Hot FM, Ikhwan yang baru tiga tahun bertugas di stesen itu mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

Justeru, jelasnya, walaupun Kieran adalah 'junior' di Hot FM, dirinya tidak mahu mendabik dada atau memandang rendah kepada penyampai 'baru' itu.

"Dalam Hot FM, saya adalah adik di antara para penyampai Hot FM yang lain. Saya bangga dengan kemasukan Kieran ke dalam stesen radio ini.

"Saya anggap dia seperti abang saya kerana dia cukup berpengalaman dalam karier sebagai penyampai radio.

"Tidak ada langsung perasaan sayalah senior berbanding Kieran. Dengan adanya dia, saya semakin seronok dan dapat menimba banyak pengalaman baru ketika bersamanya,'' jelas Ikhwan.

Menurutnya, meskipun ketika ini Hot FM lebih 'kuat' mengutamakan Kieran, namun dirinya tetap tidak berasa iri hati.

Ditanya mengenai Fara dan Faizal yang dianggap bagaikan 'anak emas' Hot FM, Ikhwan bagaimanapun memberitahu, bebanan segmen yang dikendalikan oleh dua penyampai radio itu cukup berat.

"Segmen itu memerlukan penyampai radio yang cukup berpengalaman, sebab itu tidak hairanlah ia telah mencatat rating yang tinggi.

"Ditambah dengan siaran Hot FM yang disiarkan secara langsung di 8TV, para pendengar dan penonton saluran radio ini juga tinggi. Sambutan itu melayakkan mereka diberikan sokongan yang sepenuhnya.

"Kalau iklan dan promosi melebih-lebihkan mereka, saya tidak ada apa-apa masalah. Tidak rasa dengki pun,'' jelasnya yang baru putus tunang Februari lalu.

Selain bertugas sebagai penyampai di Hot FM dan pelakon, Ikhwan juga terlibat sebagai pengacara Hot FM 30 di TV9 dan Diari My Starz LG di TV3.

Anne balas dendam?

Sementara itu, bagi Anne pula, di Hot FM, tidak timbul siapa 'anak emas' atau siapa yang lebih diutamakan.

"Kalau kami terlibat dalam apa jua promosi termasuklah program Jom Heboh, kami dilayan secara sama rata. Tidak ada pula yang dapat lebih atau kurang.

"Dalam isu iklan dan promosi pula, itu adalah strategi syarikat. Segmen pagi dan petang memang diutamakan kerana ia mempunyai jumlah pendengar yang ramai,'' jelasnya.

Menurut Anne,

walaupun segmen pagi dan petang mendapat keutamaan, segmen malam yang dikendalikannya bersama Ikhwan turut mencatat peningkatan jumlah pendengar.

"Tahun depan, untuk menaikkan lagi rating malam, kami punya strategi tersendiri. Mungkin daripada segi penyampaian, kami akan lebih santai,'' katanya.

Dalam pada itu, Anne turut diajukan persoalan mengenainya yang dikatakan berdendam dengan Fara gara-gara kontraknya sebagai pengacara Gang Starz 2 tidak disambung.

Bagaimanapun, Anne yang merupakan pengacara Gang Starz musim pertama menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, persoalan itu terlerai apabila penyampai radio yang berasal dari Taiping, Perak itu kini dipilih untuk mengacarakan rancangan My Starz LG.

"Saya anggap dia (Fara) seperti kakak saya sendiri. Kami tidak bergaduh. Soal siapa yang dipilih untuk menjadi pengacara, itu adalah rezeki masing-masing,'' tambahnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.