saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/12/2008

Mencari penawar dunia yang sakit

UMUM mengetahui bahawa dunia semakin tua. Seperti mana juga makhluk lain ciptaan Allah, setiap daripadanya akan merasai mati. Kesakitan sentiasa dirasai, kerana makhluk-makhluk ini diberi nyawa oleh Allah, dan pastinya kematian bakal dijemput.

Namun, seperti juga manusia, yang sakit ada penawarnya. Bumi juga kelihatan begitu sakit sekarang. Penawar perlu segera dicari. Walaupun yang menyakiti bumi ini adalah manusia. Dan manusia jugalah perlu dipertanggungjawabkan untuk mencari penawarnya.

Telah banyak usaha manusia untuk mencari penawarnya. Misalnya Earth Summit dan Protokol Kyoto merupakan antara usaha-usaha murni manusia. Namun sejauh manakah usaha ini dapat dicapai sekiranya manusia itu sendiri tidak bersefahaman. Dalam hal ini, bukanlah semata-mata bumi yang perlu diurus, sebaliknya manusia itu sendiri perlu diuruskan terlebih dahulu.

Mengurus manusia bukanlah sekadar mengguna pakai pelbagai jenis teori pengurusan buatan manusia. Memang benar, ada di antaranya begitu berkesan. Namun keberkesanan setiap teori ini bergantung kepada ruang masa dan keadaan persekitaran ruang kerja. Disebabkan itulah, teori-teori ini sentiasa berevolusi untuk disesuaikan dengan setiap perubahan. Persoalannya, sehingga bilakah teori ini akan hanya tinggal teori yang ingin dibuktikan oleh penciptanya?

Ini disebabkan oleh penciptaan teori-teori ini hanyalah berdasarkan kepada dalil aqli (iaitu hanya dari pemikiran manusia semata-mata) tanpa merujuk kepada sumber yang lebih hakiki, iaitu sumber dari Pencipta manusia itu sendiri, iaitu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Untuk manusia mengurus bumi secara lebih berkesan sebenarnya merupakan sebahagian daripada teori domino. Setiap satu daripada perlakuan, sifat dan kegiatan manusia dalam pelbagai bidang mempunyai kesan antara satu sama lain. Masalah yang dihadapi oleh manusia secara globalnya ialah memikirkan bahawa bekerja hanyalah untuk mendapatkan sejumlah wang bagi membiayai kehidupan mereka. Memang ada pendapat yang mengatakan orang Eropah bekerja bersungguh-sungguh sehingga kemajuan dikecapi mereka, namun kesan negatifnya tetap ada. Revolusi Perindustrian misalnya memberikan impak yang besar kepada kesakitan bumi. Ini berlaku kerana mereka bekerja bukanlah sebagai satu ibadah, di mana definisi ibadah itu secara hakikinya merujuk kepada mendapat keredaan Allah, di samping pelakunya mendapat pahala.

Memang benar manusia perlu bekerja untuk dunia, namun mereka juga perlu bekerja untuk akhirat. Sekiranya pemikiran ini wujud, pasti keseimbangan akan berlaku. Disebabkan kerakusan mengejar dunialah, manusia membinasakan bumi ini untuk kesenangan yang bukan hakiki. Peperangan, penipisan ozon, banjir kilat dan yang terkini di Malaysia, tanah runtuh adalah kesan yang nyata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.