saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2008

Bapa pesakit tidak setuju


MOHD. Zain Ismail bersama anaknya, Najah Sofia yang berjaya menjalani pembedahan jantung di IJN pada tahun 2004 lalu, ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 19 Dis. – Seorang bapa pesakit jantung yang pernah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), tidak bersetuju dengan cadangan menswastakan institut tersebut kepada syarikat konglomerat, Sime Darby Berhad (Sime Darby).

Mohd. Zain Ismail, 36, guru di Sekolah Menengah (SM) Teknik Pengkalan Chepa berkata, langkah itu akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah apabila tiada lagi jaminan kos perubatan masih pada tahap lama.

Menurutnya, ketika anaknya, Najah Sofia, 6, menjalani pembedahan jantung, kebanyakan pesakit melahirkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa berulang alik beberapa kali untuk rawatan.

Bagi golongan yang tidak mempunyai dana mencukupi pula, katanya, mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat menjalani pembedahan.

“Sebagai kakitangan kerajaan, saya bernasib baik kerana semua kos perubatan ditanggung dan anak saya tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menjalani pembedahan jantung berlubang.

“Semasa berada di IJN, saya sempat berbual dengan ramai pesakit, rata-rata mereka hairan kenapa anak saya dapat menjalani pembedahan dengan cepat sedangkan mereka terpaksa berulang alik beberapa kali sebelum dibedah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.