saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2008

Teknologi robot bantu capai Wawasan 2020

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Teknologi robot yang merupakan satu daripada pencapaian abad ke-21 dapat membantu Malaysia mencapai Wawasan 2020, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid.

Beliau berkata, robot pada satu hari nanti dapat mempermudahkan hidup manusia dalam pelbagai cara.

''Robot juga akan dapat membantu syarikat-syarikat meningkatkan pengeluaran dan memastikan ia dapat berdaya saing pada masa depan,'' katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Mekatronik Ke-10 (ICOM) bertemakan Robot Membantu Manusia Bekerja dan Bermain serta Persidangan Pencipta Robot Ketiga (IRO) di UIAM di sini semalam.

Persidangan tiga hari anjuran bersama UIAM dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu mengumpulkan 700 pencipta robot dari lapan negara iaitu Malaysia, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei, Filipina dan Indonesia.

Sementara itu ICOM pula membabitkan pembentangan 70 kertas kerja mengenai mekatronik oleh profesor-profesor terkenal dari seluruh dunia.

Syed Arabi berkata, IRO bukan sahaja disertai oleh pencipta-pencipta robot yang telah mempunyai nama malah para pelajar sekolah yang dapat mencipta robot dengan pergerakan mudah.

''IRO akan dapat memberikan ruang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk membina impian menjadi saintis robot pada abad akan datang,'' ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Pencipta Robot Antarabangsa, Profesor Jong Hwan Kim memberitahu, persidangan itu dapat menarik minat para pelajar sekolah rendah dan menengah menggunakan kreativiti mereka mencipta robot.

Katanya, IRO telah berjaya mengenal pasti pereka-pereka robot muda yang mempunyai pengetahuan dalam bidang robot, sains dan teknologi.

''Sejak sembilan tahun lepas, IRO telah menjadi tempat kepada para pelajar menunjukkan kemahiran mereka dalam penciptaan robot,'' katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, teknologi robot banyak digunakan dalam industri pengeluaran, tetapi dalam tempoh 10 tahun akan datang, robot akan mula berkhidmat serta menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.