saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/12/2008

‘Damai’ Hamas-Israel berakhir

BANDAR GAZA 19 Dis. – Pergerakan Hamas menamatkan perjanjian damai di seluruh Gaza dengan Israel hari ini sebagai tidak balas terhadap serangan yang dilancarkan tentera Yahudi itu.

Perjanjian tersebut hanya berusia enam bulan dan perjanjian itu tamat pada pukul 12 tengah hari ini waktu Malaysia.

“Perjanjian damai tamat hari ini dan ia tidak akan disambung kerana serangan yang dilancarkan mereka dan pendudukan yang dinafikan yang melanggar syarat perjanjian.

“Perjanjian damai ini tidak akan diperbaharui kerana Israel tidak berpegang pada janji untuk menghentikan sekatan dan menghentikan serangan,” kata seorang pegawai kanan Hamas, Ayman Taha.

Menurutnya, Hamas perlu bertindak untuk menentang sebarang pencabulan oleh Zionis.

“Sebarang pencabulan oleh Israel akan membuka pintu kepada perang dan kami akan berperang habis-habisan,” lapor sayap kanan Hamas, Izz edeen Al-Qassam.

Hamas dan beberapa kumpulan pejuang Palestin di tebing Gaza dilaporkan sudah bersedia untuk sebarang serangan oleh Israel ke wilayah ini.

“Kami merasakan tindakan ini merupakan yang terbaik bagi kedua pihak.

“Kami mahu menyambung semula namun jika Hamas memilih untuk melancarkan serangan berbanding memperbaiki keadaan di Gaza ia terpulang kepada mereka.

“Namun anda perlu bertanya sama ada Hamas bertindak untuk kepentingan penduduk atau terdapat pengaruh asing dalam hal ini,” kata jurucakap Menteri Luar, Yigal Palmor tanpa menamakan mana-mana negara.

Namun Israel sebelum ini pernah menyatakan Palestin mendapat sokongan dari Iran dan para pemimpin Hamas tinggal dalam buangan di Syria.

Semalam, seorang rakyat Palestin terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara ke arah bandar ini.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dan mendakwanya sebagai serangan balas terhadap serangan roket pejuang Palestin yang dilancarkan terhadap wilayah mereka.

– Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.