saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/12/2008

Doktor IJN nafi minta gaji tinggi

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sebanyak 33 perunding perubatan Institut Jantung Negara (IJN) menolak tanggapan bahawa cadangan penswastaan institut itu ekoran permintaan kakitangan perubatan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

IJN dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh kesemua perunding itu berkata, tanggapan bahawa mereka akan meninggalkan IJN sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi perlu diperbetulkan bagi melindungi kepercayaan para pesakit.

Menurut kenyataan itu, kesemua pakar tersebut mengakui mereka dibayar berasaskan tangga gaji yang berbeza berbanding perunding perubatan Kementerian Kesihatan walaupun tidak setara dengan sektor swasta.

"Kajian semula tangga gaji juga sentiasa dilakukan dan ia bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan," kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

IJN pada masa ini mempunyai 35 perunding perubatan dan kesemua mereka menandatangani kenyataan itu kecuali dua perunding yang tidak dapat dihubungi, masing-masing kerana menunaikan haji dan bercuti di luar negara.

Rabu lalu, Sime Darby Bhd. mengesahkan pihaknya telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan hasrat membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN Holdings Sdn. Bhd.

Berikutan itu, pelbagai pihak menyatakan kebimbangan caj perkhidmatan di IJN akan meningkat sehingga membebankan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Bagaimanapun hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kabinet membuat keputusan menangguhkan pengambilalihan oleh Sime Darby itu.

Kenyataan itu menambah, terdapat beberapa perunding perubatan yang meninggalkan IJN untuk mengembangkan karier namun jumlahnya tidak begitu besar.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh tujuh tahun lepas, daripada 35 perunding perubatan yang berkhidmat di IJN, hanya tujuh orang sahaja yang meninggalkan institut itu.

Katanya, mereka ialah pakar bedah kardiotorasik, Tan Sri Dr. Yahya Awang; Dr. Ahmad Sallehuddin; kardiologi, Dr. Zainal Abidin Abdul Hamid; Dr. Lam Kai Huat; pakar bius, Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin; Dr. Norhayati Muhammed Nor dan Dr. Hoe Kah Siong.

"Peratusan perunding perubatan yang meninggalkan IJN adalah rendah iaitu tiga peratus setahun.

"Kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka ditangani secara berterusan dengan mengambil bakat-bakat tempatan sebagai ganti," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan tersebut menjelaskan, sebanyak 75 peratus daripada perunding perubatan di IJN telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Katanya, peratusan berhenti kerja dan tempoh perkhidmatan di IJN menggambarkan semua pihak berpuas hati dengan skim gaji sedia ada.

"Kebanyakan kami telah berkhidmat melebihi 10 tahun tidak termasuk tempoh berkhidmat di hospital kerajaan sebelum penubuhan IJN," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.