saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/12/2008

Malaysia juara AUG 2008

BANGI - Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-14 walaupun bola sepak gagal menjadi acara terakhir menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara selepas tewas kepada Thailand 1-0 di Pusat Latihan Maybank semalam.

Sebanyak 90 pingat emas, 79 perak dan 47 gangsa dipungut membolehkan Malaysia unggul di tangga teratas sementara Vietnam di tempat kedua dengan mengutip 45 emas, 28 perak, 23 gangsa, meninggalkan Thailand di tempat ketiga dengan 32 emas 29 perak 59 gangsa.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan berkata, kejuaraan ini adalah buat kali pertama bagi Malaysia selepas 28 tahun kejohanan ini diadakan.

''Kita akan mempertimbangkan pemberian insentif kepada mereka yang beraksi cemerlang dan akan mengumumkan nilai yang bakal diberi dalam masa terdekat ini," katanya semalam.

Jelasnya, bajet bagi pemberian insentif telah disediakan dan sedang menunggu persetujuan dari beberapa pihak yang berkenaan.

''Pemberian insentif kepada mereka sangat wajar berikutan kemenangan yang dicatatkan adalah kemenangan yang terbaik.

''Perbelanjaan kira-kira RM28 juta dalam penganjuran dan persediaan atlet untuk kejohanan ini pula dianggap tidak terlalu membazir berikutan pulangan yang kami terima amat berbaloi dengan 90 pingat emas," katanya.

Acara renang menjadi penyumbang terbesar pingat emas negara dengan 23 emas termasuk tiga rekod kebangsaan yang dicatatkan oleh Khoo Cai Lin, lebih manis rekod kebangsaan dalam acara 400 meter gaya bebas wanita yang dipegang Nurul Huda Abdullah selama 20 tahun berjaya dipecahkan pelajar Universiti Malaysia Sabah itu. Selepas ini pada tempoh dua tahun akan datang Thailand akan menjadi tuan rumah dan akan diadakan di Chiang Mai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.